Thursday, November 5, 2009

ExaM Da MuLa.....


tepat jam 1130 pagi, pelajar2 jabatan bahasa telah pun melontarkan seluruh tenaga, keringat, ingatan, dan memori dalam menjawab paper wajib jabatan. moga2 semua student ley score ngan result yang bagus bangat.. huhu A++.. DrIbrahim msti bg ye.. kami nie kan pelajar yang comey n suka dengar kata dia.. huhu.. so da tinggal 4 paper je lagi before balik umah..
petang esok paper tuk minor la.
kesenian suku kaum di sabah dan sarawak.
kamek
akan berusaha lebih bah.. huhuhu..

Wednesday, November 4, 2009

JBEA2212

sejak 3hb/8/'09 kita sudah bertemu dalam dewan kuliah tanjung. selalu bersama seiring sejalan dengan Dr Ibrahim Ahmad. pada mulannya aku masih keliru adakah aku mahukan dirimu atau yang lain, walhal aku telah nekad dihatiku ketika aku mula bertapak di APM,UM ini. aku tidak akan mengambil major lain selain jabatanmu. aku menyerah seluruh perhatian dan mindaku untuk menyimpan segala luahan perasaan darimu untuk santapan aku pada masa akan datang. mampukah aku berjaya meggapai awan?? semuanya akan terjawab pada hari kemuncaknya esok bersama teman2ku yang lain akan melontarkan semua peluru pandu yang sudah siap disediakan setiap seorang. berjayakah aku dan teman2ku melawan peperangan yang berlaku esok. tiada musuh yang muncul sedangkan aku hanya berlawan seorang diri sahaja. berjayakah aku menawannya?? hanya seorang saja yang akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak pada hari peperangan esok. siapa lagi kalau bukan pengajarmu JBEA2212. sama2 kita leraikan debaran di dada pelajar2 jabatan bahasa, APM, UM. esok merupakan paper wajib jabatan Tatabahasa 2. moga2 aku berjaya menawan kamu JBEA2212 dengan cemerlangnya. kawan2 semoga berjaya untuk esok dan hari2 seterusnya..
----------------------------------------------------------
p/s: sekadar luahan perasaan yang menunggu detik hari peperiksaan esok..

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

----------------------------------------------------------------
terimbau kenangan lalu dari tahun 2001 sehingga 2005. lagu nie wajib dinyanyikan oleh pelajar2 yang stay hostel SMK Labu Besar. meera merupakan freshie (time 2001 kan form 1)so dalam minggu orientasi, pengawas asrama menyuruh kami yang mentah tak tau ape2 ni, cari lagu nie kat senior n kena hafal dalam masa 1 malam je. jahat tul senior. misi pencarian kami berjaya n sepanjang meera n kengkawan lain yang stay hostel kena ar nyanyi lagu warisan tue. kadang setiap pagi before sekolah kena n setiap petang sabtu merupakan salah satu perkara yang kena wat time rollcall. sekarang semuanya da berubah. kalau suruh budak2 hostel sekarang, mesti diorang da tak tahu lagu warisan tu.. tul tak??? renungkan ar. nampak cam leceh je kena nyanyi tapi seronok gak. dari situ kita dapat lihat kesatuan suara bergabung yuk nyanyi n terjalin ar satu tali ukhwah yang rapat antara budak2 hostel.. tercipta suatu kenangan di sana hostel SMK Labu Besar, Kulim, Kedah.

1 PerKaTaan MeMBawa MakNa YanG PeLBaGai


kadang kita terkeliru dengan sesuatu perkataan. masalah ini sering berlaku apabila 2 orang dari lain daerah dan dialek percakapan akan menyebabkan perbalahan kecil atau kelucuan terhadap perkataan yang kita gunakan itu. sebagai contoh kata ganti nama. di Kedah, rata2 penduduk menggunakan "kami" sebagai ganti nama diri 1 tetapi di negeri lain "kami" merupakan kata ganti nama diri 2 yang menunjukkan ramai. setiap negeri mahupun di daerah2 mempunyai variasi penggunaan sesuatu perkataan. kadang2 kita rasa apa yang kita sebut sudah betul tapi di tempat lain memberi makna lain. terkeliru kita seketika. erm pe kata kita hayati dulu kisah2 di bawah ini. sebenarnya kisah2 ini merupakan artikel dalam akhbar berita harian bahagian sastera. penulisnya adalah salah seorang pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), UM, Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, berkaitan dengan topik yang meera ketengahkan..
--------------------------------------------------------------

Tanggung kereta

Jeff: Hai Zul! Lama tak nampak? Kerja sini lagi ke?

Zul: Sinilah, kat mana lagi.

Jeff: Aku ingat kau dah pindah kerja tempat lain, manalah tau kut dapat lobang yang baik. Dah lama, mau rasanya dua tiga bulan kita tak jumpakan? Dulu kita selalu jumpa pagi kat parking, sekarang kau tak parking situ lagi ke?

Zul: Tak, tak parking situ lagi. Aku dah jual kereta tu. Sekarang pakai moto ni je!

Jeff: Awat hang juai? Sayanglah! Hang tukaq kereta lain ka?

Zul: Tak! Jual terus, tak pakai kereta dah ... tak larat nak tanggung!

Jeff: Tanggung apa?

Zul: Tanggung keretalah! Dah tak larat nak tanggung. Tu pasal aku jual.

Jeff: Hang tanggung kereta ka? Larat hang, noo?!

Zul: Kereta aku, akulah yang tanggung ... siapa lagi. Bukanlah aku sorang ... bini aku tolong. Kalau aku sorang, memang tak larat. Sekarang ni bini aku dah berhenti kerja, tu sebab kena jual kereta tu.

eff: Hangpa laki bini tanggung kereta? Gila! Tak pernah buat dek orang! Hang tanggung bawak pi mana? Kuat sungguh noo, berdua dah boleh tanggung kereta. Kalau aku tak laratlah. Sepuluh orang pun tak tentu boleh angkat. Hang angkat bawa naik rumah ka?

Zul: Apa yang kau merepek ni? Siapa pulak yang angkat kereta naik ke rumah?

Jeff: Tadi hang yang cakap hang laki bini tanggung kereta tu.

Zul: Memanglah kami berdua yang tanggung, tapi bila bini aku dah berhenti kerja, aku tak larat nak tanggung sorang. Tanggung tu maknanya pikul perbelanjaan kereta tu, ansuran bulanannya, penyelenggaraan, road tax, insuran, ... kau ingat apa?

Jeff: Aku ingat hang angkat pikul kereta tu, sebab orang tempat aku tanggung tu maknanya angkat letak atas bahu.

Zul: Kah! Kah! Kah! Kau ingat aku laki bini pikul kereta tu ke? Kau ingat aku ni Badang dengan Incredible Hulk ke apa?

Jeff: Yalah! Orang kat tempat aku dah cakap lagu tu, aku pun ingat manalah tau, kut-kut hang laki bini kuat ... tiap-tiap hari angkat kereta tu bawak naik flet. Letak bawah takut nanti orang curi.

Zul: Gilalah kau ni, tak pernah dibuat orang tu! Tak pakai kereta lagi sebab dah tak cukup duit, gaji tinggal satu, tu pasallah pakai moto je. Nanti kalau ada rezeki, aku carilah kereta lain.

Glosari

  • Tanggung - (i) memikul biaya atau perbelanjaan, menyelenggarakan
    (ii) (dialek Kedah) membawa di atas bahu, memikul
  • Hang - (dialek Kedah) ganti nama diri kedua mufrad - awak, kamu
  • Hangpa - (dialek Kedah) ganti nama diri kedua jamak - awak semua,
    - awak berdua, kamu semua, kamu berdua
  • Kut-kut - (bahasa pertuturan) kalau, jika
  • Dek - (bahasa pertuturan) oleh
  • pi - (dialek Kedah) pergi
  • lobang - (bahasa pertuturan) peluang
  • awat - (dialek Kedah) kenapa
  • lagu tu - (dialek Kedah) seperti itu


  • ----------------------------------------------------------------------

    'Cantik jangan lawa'

    ELLI dan Ros pasangan kekasih. Pada suatu hari mereka berjumpa dan makan di sebuah restoran ....

    Elli: Minggu depan I nak balik ke Kuching.

    Ros: Baru aje balik raya, dah nak balik lagi? Rindu kat emak ke, atau masa raya dulu dah dapat awek baru kat sana?


    Elli: Ke situ pulak perginya. Janganlah cemburu, tak ada awek lain di hati ni! Kakak I nak kahwin, kenalah balik.

    Ros: Lama ke?

    Elli: Tiga hari je ... sebenarnya I nak ajak you sekali.

    Ros: Ajak I sekali? Maaf le, lepas raya ni kering laa!

    Elli: Jangan risaulah, tambang semua I tanggung. Tempat tinggal pun tak ada masalah, you duduk bilik adik perempuan I. Lagipun you tak pernah sampai Sarawakkan? Nanti I boleh bawak you jalan-jalan.

    Ros: Macam mana nak pergi? Kerjalah ... cuti tinggal sikit.

    Elli: Alaa, kita pergi Jumaat malam dan balik sini Isnin malam. Hari Selasa dah boleh kerja, ambil cuti sehari je.

    Ros: Oklah, tapi I seganlah dengan mak you dan keluarga, tak pernah jumpa lagi!

    Elli: Itulah tujuan utamanya, I nak perkenalkan you pada dia dan dapat luang masa bersama. Mak I tu sebenarnya cerewet sikit pasal menantu, terutama yang dari Semenanjung. Dalam tiga hari tu nanti, pandai-pandailah you tackle hati dia. Ok! Faham tak sekarang?

    Ros: Ooo, ni kira misi menawan hati bakal mentua le ek?

    Elli: Cam tu le lebih kurang.

    Ros: Ni kira misi rumit ni! Kena melawa le nak jumpa dia nanti. Nak pakai dan solek lawa-lawa biar dia terpegun tengok bakal menantunya!

    Elli: Tak bolehlah macam tu!

    Ros: Kenapa pulak? Kan tadi you kata mak you cerewet?!

    Elli: Sebab cerewet le you kena jaga sikit, jangan tunjuk lawa, nanti dia terus reject!

    Ros: Dia tak suka bakal menantu yang cantik ke?

    Elli: Dah tentulah dia suka bakal menantu yang cantik, tapi dia tak suka orang lawa. Orang kampung memang macam tu, dia suka orang yang cantik, merendah diri, hormat orang tua dan ramah serta cepat mesra.

    Ros: Nak nampak cantik dan anggun, kenalah melawa! Kata suka yang cantik tapi tak boleh melawa, macam mana ni? Walaupun dah cantik semula jadi, tapi kita kena juga melawa sikit, touch up sana, touch up sini! Ratu cantik dunia tu pun kalau tak bersolek, tak tentu boleh menang lagi tau.

    Elli: Tak pe lah! You solek dan pakailah cantik-cantik asalkan jangan lawa.

    Ros: You cakap macam mana ni? Berbelit-belit! Suruh orang bersolek biar nampak cantik tapi tak boleh lawa! Jangan nak seloroh ek? I serius ni!

    Elli: Laa, siapa pulak seloroh? Seriuslah ni! Masa jumpa mak I nanti you mesti jangan lawa!

    Ros: Nak jumpa dia dengan muka buruk bangun tidur ke? Dia suka orang macam tu ke?

    Elli: Bukan macam tu, solek le cantik-cantik, pakai baju cantik, barulah dia terpegun tengok bakal menantunya, tapi jangan lawa!

    Ros: Nak cantik tapi tak boleh lawa? Macam mana ni, kan ke cantik dengan lawa tu sama?

    Elli: Kat Semenanjung memanglah sama, tapi kalau di Sarawak, lawa tu maknanya sombong. Orang tua tak suka dapat menantu yang sombong! You kena belajar banyak bahasa Melayu Sarawak ni sebelum ikut I balik. Sebab ada banyak perkataan yang sama tapi makna yang berbeza, setengah tu makna mencarut lagi.

    Ros: Gitu ke? Ingatkan sama je sebab you bercakap tak ada beza dengan orang Semenanjung. Jadi ni kira pelajaran pertama ek?

    Elli: He! he! he! gitu le lebih kurang.

    Ros: Cepatlah habiskan makanan tu, jom kita pergi shopping baju baru untuk jumpa bakal mak mentua!!

    Elli: (dalam hati) duit aku le tu ....

    ------------------------------------------------------------------------------

    Kereta di 'tembok'

    PADA cuti sekolah Asraf bercuti di rumah opahnya di Perak. Pada suatu pagi, dia bermain dengan sepupunya Taufik.

    Taufik: Jom kita pergi main kat padang sekolah.

    Asraf: Jom ... tapi nak pegi macam mana?


    Taufik: Naik basikal le, aku bawak, kaududuk atas lantin.

    Asraf: Tapi bagi taulah opah dulu, nanti dia marah, kalau direpotnya pada bapa aku, nahas!

    Taufik: Opah! Kami nak ke ulu kejap, nak ke padang sekolah!

    Opah: Pegi le, tapi jangan balik lambat! Satu lagi, jangan ikut tembok, banyak kete, ikut jalan dalam je.

    Taufik: Yea lee!! Kami ikut jalan dalam.

    Asraf: Kat kampung ni ada tembok ke? Jom le pergi, aku nak tengok. Tinggi macam tembok kat negeri China tu ke? Yang kat negeri China tu aku dah pergi tengok masa pergi China dengan emak dulu. Rupanya kat kampung ni pun ada, aku nak tengoklah!

    Taufik: Kalau tak ada tembok macam mana kereta nak jalan? Kau balik kampung dulu naik apa? Naik sampan ke? Naik helikopter?

    Asraf: Mengarutlah kau ni! Naik kereta le nak naik apa lagi?! Mana ada helikopter!

    Taufik: Tempat kereta jalan tu tembok le namanya, takkan itu pun kau tak tau. Kat Kuala Lumpur kereta jalan atas apa? Atas ban ke?

    Asraf: Atas jalanrayalah, mana ada ban kat Kuala Lumpur.

    Taufik: Jalan raya tu temboklah!

    Asraf: Ooo, orang kampung panggil jalan raya tu tembok yek?!

    Taufik: Orang tua-tua panggil tembok! Kat sekolah panggil jalan raya.

    Asraf: Aku ingat tembok macam yang kat negeri China tu.

    Taufik: Kenapa? Tak sama ke tembok kat Malaysia dengan tembok kat negeri China?

    Asraf: Tembok negeri China tu besar dan panjang, masa aku pergi sana dulu ada tulis kat situ panjangnya 8000 kilometer.

    Taufik: Memanglah panjang tembok kat sana, negaranya besar dan kereta banyak. Kalau buat tembok kecil dan pendek nanti jem teruk le.

    Asraf: Tapi itu bukan tembok jalan rayalah! Itu tembok dinding! Orang Cina zaman dulu buat dinding yang tinggi di sempadan untuk elak serangan musuh. Dinding tu namanya tembok.

    Taufik: Tapi aku rasalah kan, jalan raya tu nama betulnya tembok. Yang kat negeri Cina tu namanya dinding je, bukannya tembok. Aku cakap macam ni sebab ada simpulan bahasa Melayu kata ‘muka tembok’. Kau tau ke apa maknanya?

    Asraf: Cikgu di sekolah kata maknanya orang yang tak tau malu. Betul ke?

    Taufik: Macam jalan raya le tu, macam-macam benda lalu atasnya, tak kisah pun, tak malu pun.

    Asraf: Betul juga ek, tak pelah nanti buka sekolah aku tanya cikgu, lepas tu aku sms kau. Jomlah kita pergi cepat!

    INFO: Glosari

  • Tembok - (i) dinding yang dibuat dari batu
    - (ii) jalan raya, jalan bertar
  • Kete - kereta
  • Lantin - tempat duduk belakang basikal
  • Ban - batas

    Nota kaki: Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku.

  • -------------------------------------------------------------
    sebenarnya ada banyak lagi perkataan yang memberi variasi makna, perkataan di atas adalah sebahagian saja. jadi pada kamu semua yang berminat untuk mengetahui sebanyak manakah perkataan itu, teruskan mencari.. huhuhu..


    LikU-liKu hiDuP




    ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
    meskipun kini kita terpisah demi kasihnya
    namun cebisan kenangan kita
    sentiasa bermain dibayangan mata
    detik waktu yang berlalu
    menjadi memori kau dan aku

    sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
    tanpa mengenal erti penat jemu

    ingatkah kau lagi

    kita bersama memijak onak duri

    di tanah gersang mengutip semangat suci

    kini segalanya tersurat dalam sanubari


    bersabarlah dengan ketentuannya

    agar rahmat yang tersembunyi

    bertemu berpisah kerana allah

    lumrah kehidupan insan beriman

    moga saat nan indah ku harap berulang lagi