Monday, November 9, 2009

teRaKhiR Lam KumPuLan BesaR


ku pegang ku belek2 ku renung2 ku hafal2 ku fahaminya tapi sampai sekarang ku masih kabur kurang jelas tapi ku cuba dan terus mencuba selidikinya.

akhirnya pencarianku tidak sia2 n aku telah mendapat harta karun yang bernilai itu walaupun sedikit sahaja isi kandungannya.
namun begitu, harta karun itu aku tidak ambil seorang, aku memberi sedikit share bersama teman2 seperjuangan lalu mereka memberi ganjaran yang lumayan buat tatapanku.
terima kasihh kawanku..
hatta, ku telah memperolehi lebih dari apa yang ku tidak jangkakan. harta itu sangat bernilai buatku n rakan seperjuanganku yang lain dimana pagi ni kul 1130 pagi, kami akan mengagih2kan harta karun tersebut kepada 2 bahagian tetapi matlamatnya hanya 1 tujuan sahaja, perlu dikaitkan dengan ilmu Islam.
kerna dengan harta itulah yang terakhir bagi kami semua berkumpul ramai2 kerna selepas ini, akan berada dalam jabatan masing2..
mampukah meera n rakan seperjuangan melakukannya esok?? sama2 tunggu dan lihat!!!
----------------------------------------------------------
kamu semua rasa ape yang meera bebelkan pagi2 buta yang sunyi damai n hening ni tatkala pelajar2 lain sibuk menumpukan perhatian dalam melihat nota2 kuliah n memantapkan pemahaman bagi menjawab exam yang akan berlangsung.. ada sape2 dapat menjawabnya..
meera tak nak bagi jawapannya lagi, kamu tunggu je ar episod akan datang ye.. semuanya telah tersedia..
debaran kian terasa. mampukah meera melakukannya esok??

Saturday, November 7, 2009

KaWan



Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

kawan ketawa mudah kita temui dan mudah didekati...

tapi....

kawan di kala kita susah dan senang sukar untuk dicari...

semoga hidup ini dilimpahi dengan sahabat2 yang sentiasa di sisi.....

sahabat-sahabatku.....

terima kasih untuk segalanya....


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham





10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham


1. Bila si dia sibuk... ... ..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego... ... .
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik... ... ..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran... ... ..
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong... ..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba... ... .
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang... ..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul... ...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

---------------------------------------------------------------
rupa2nya ada sebab munasabab juga ya kenapa lelaki cam tue.. erm kena fahaminya juga ar, tapi lelaki tue kena gak fahami perasaan perempuan ye..


Friday, November 6, 2009

raHsia PeReMpuaN.....

kamu nak tau??? meera pun tak tau lagi tapi pas baca. erm ada ar tul ye tu.. huhuhu




RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak

menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih

baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu

menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia

sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di

tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan

sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki

lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia

akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak

menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak

cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri

wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan

lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak

cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap

dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan

tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon

positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh

tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang

diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua

rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum

sebarangan.

13. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak

keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

14. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu

panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

16. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya

kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

17. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat

hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

18. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh

wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah

dirinya sendiri.

19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang

dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

20. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata

nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa

sebarang kompromi.

24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

25. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise

buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa

terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

26. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

27. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu

hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


TeMbiKar & BuLuH


pikir masa hadapan ke???? berjayakah aku menongkah awan??



agak2 apa yang kamu semua pikirkan bila tengok tembikar dan buluh. meera ada kaitan ke ngan 2 benda nie.. erm bergunakah???? lam 14 minggu tapi tak da ar sampai pun, barulah meera tahu apa yang ada disebalik tembikar dan buluh tue bagi masyarkat sabah dan sarawak.


3 petang tadi soalan tentang tembikar dan buluh masuk lam exam.. mera tarik nafas lega coz memang tue je yang meera tul2 faham.. berbaloi gak ar walaupun study celup2.. hihihihi..
tadi berakhir sudah exam tuk paper kesenian suku kaum di sabah dan sarawak. paper nie meera yakin akan dapat A++.. cam semalam je kan.. bajet tinggi tul meera nie.. tapi tue ar yang pastinya..
tinggal 3 lagi. isnin nie paper wajib fakulti.. apakah itu PMBI: Pengajian Melayu Bersumberkan Islam???? lam konteks bahasa dan sastera... ada sapa2 ley tolong jelaskan dengan perinci.. meera lum study g paper tue coz nota yang cam chipsmore.. jap ada jap tak ada.. cam ne nak study.. solution ye, tengok soalan lepas pas tue cari jawapannya ar.. hahaha.. baguih tak kawan2..

petang tadi pas bis exam, bob antar mesej ajak men bola tampar tue pun lau tak hujan ar.. ujan jap je tadi tapi tak mematahkan semangat meera n kengkawan tuk berlatih bermain bola tampar.. tapi tak bes ar men sorang2 je lam group yang len team laki.. adik2 tak turun2 lagi.. mm khusyuk study kot tue yang tak turun eh.. pe pun petang tadi release fikiran ngan bebanan study..

malam nie?????? erm ngah plan nak wat aktiviti ape ye.. ajak men bola tampar malam ni, tak respon pun so tengok nur kasih je ar.. meera selalu je miss nak tengok cuma sempat tengok time iklan je.. huhuhu sadisnya.. tak pe ar.. meera tak fanatik sangat so tak da rasa rugi ngat lau tak tengok..

meera nie meleret2 je time nie.. bila ngah sorang2 lam bilik nie cam2 ar kita nak luahkan eh.. roomate kuar dinner ngan family, sorang lagi ngah berseronok ngan dunianya.. tak mo kacau.. meera erm enta la bu????