Friday, July 30, 2010

macam2 skang ni...

actually pe yg meera postkan ni saje nak wat tontonan umum
meera dapat dari kawan2 meera lam fb
so pe lagi,
jom baca ar.
_______________________________________________

tah r aku pon xtaw
Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

~ Salam everyone..em aku dpt crite ni dr 1 blog, em mmg aku sgt2 setuju ngan crite ni...huhhu..jom layan jap ~


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.



"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"



Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.



''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.



Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.



Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.



Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.



Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.



Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.



Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.



Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.



"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"



Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.



Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.



Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.



Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya kalau lelaki pun belajar!

Friday, July 23, 2010

mood update

salam u alls
lama giler meera x update citer lam nie eh..
sejak laptop tak bersama diriku
so tak dapat ar nak update

xtvt terbaru yang berlangsung baru2 ni
MINGGU MESRA KINABALU 2010/2011
Kolej Kediaman Kinabalu
19 - 22 JulaI 2010
830 - 1130 malam

hari pertama
kuiz antara floor
johan ~ F300

hari kedua
sukaneka
johan ~ B400

hari ketiga
pengenalan seni dan sukan
pendaftaran seni dan sukan

hari keempat
taklimat bersama pengetua
pengenalan JTK kolej
penyampaian hadiah
johan keseluruhan
F300 dan C200
sehari beriadah di Port Dickson, N9

memang best
lagi2 bila dapat suprise dari freshie
thank you
coz bagi berkotak2 The Big Apple

lepas ni kena bagi kotmitmen pada kolej
n hope semua berjalan lancar
untuk sesi 2010/2011

Friday, July 16, 2010

jika pasangan curang pe yg korang nak wat eh...

panduan elak pasangan curang.. lau nak tau lebih lanjut baca ar.. petikan ini dipetik n di copy dari paper metro.. hahaha

  • Selalu berpenampilan menarik. Setelah menjalani alam rumah tangga bertahun-tahun, penampilan diri sering diabaikan bahkan keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun bila berada di luar seperti di tempat kerja, penampilan selalunya berbeza dan jika ada yang memuji, ia salah satu punca memungkinkan berlakunya kecurangan.

  • Kehidupan seks yang sihat. Memenuhi keperluan seks pasangan amat penting dalam memastikan perkahwinan tetap utuh. Banyak kes perceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri.

  • Persamaan. Cari pasangan dengan lelaki atau pasangan yang dirasakan sama (sekufu), berpendidikan setara dan memiliki pendapatan hampir sama. Persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan risiko berlakunya kecurangan.

  • Waspada. Jika anda mengesan pasangan berlaku curang, jangan ragu-ragu menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan berasa senang dan jauh daripada jangkauan anda.

  • Mencari kaunselor. Jangan ragu untuk mendapat khidmat kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan menghadapi masalah.

  • Menghargai pasangan. Hargai pasangan kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan.

  • Komunikasi berkesan. Salah faham yang berlaku antara pasangan mungkin berpunca daripada kurang berbual dan berbincang atau tidak sefahaman. Justeru, peranan komunikasi dengan pasangan amat penting misalnya berterus-terang jika tidak berpuas hati.

  • Terima seadanya. Ada kalanya pasangan kurang menerima hakikat kekurangan pasangannya menyebabkan isu remeh-temeh diperbesarkan dan menjadi bahan pergaduhan yang mendorong ke arah keruntuhan rumah tangga.

    Jika pasangan kurang daripada sudut fizikal, mungkin dia ada kelebihan daripada aspek lain. Pertimbangkan dengan wajar.

  • Menjadi suri rumah terbaik. Isteri harus melihat daripada sudut agama bahawa mulianya mendidik anak-anak dan rumah tangga menjadi syurga terindah. Memuliakan suami di tempat sewajarnya akan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah.

  • Berlaku adil. Suami juga harus setia dan berperanan sama untuk menjadikan isteri dan anak-anak sebagai keutamaan. Ini kerana sebagai ketua keluarga, bimbingan, tunjuk ajar dan sama-sama membentuk keluarga cemerlang dan diredai menjadi tanggungjawab bersama.
  • hati wanita

    SECORET TINTA DARI HATI SEORANG PEREMPUAN...

    Saya belajar,
    bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
    mencintai saya.
    Saya hanya dapat melakukan sesuatu
    Untuk orang yang saya cintai..

    Saya belajar,
    Bahawa saya perlukan waktu bertahun-tahun
    Untuk membangunkan kepercayaan
    Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya.

    Saya belajar,
    Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya
    Dapat melakukan banyak perkara bersama
    Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama.

    Saya belajar,
    Bahawa orang yang saya kira adalah orang jahat
    Tetapi sebenarnya merekalah yang selalu membangkitkan semangat
    dalam hidup saya dan orang yang selalu mengambil perhatian terhadap diri saya.

    Saya belajar,
    Bahawa sahabat sejati sentiasa mekar dihati
    Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh
    Dan kadang-kadang melahirkan kasih sayang yang sejati.

    Saya belajar,
    Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
    Seperti yang saya inginkan
    Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai saya.

    Saya belajar,
    Bahawa sebaik-baik pasangan itu
    Mereka pasti pernah melukai hati saya
    Tapi saya tetap memaafkannya.

    Saya belajar,
    Bahawa saya harus belajar mengampuni
    diri sendiri dan orang lain
    supaya tidak mahu perasaan bersalah berpanjangan menguasai diri saya.

    Saya belajar,
    Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama
    Tapi memberi pendapat yang berbeza.

    Saya belajar,
    Bahawa orang disekeliling saya boleh mempengaruhi peribadi saya
    Tetapi saya harus bertanggungjawab
    Terhadap apa yang telah saya lakukan.

    Saya belajar,
    Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
    Tapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya.

    Saya belajar,
    Bahawa saya harus memilih
    Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya
    Atau saya yang menguasai sikap dan emosi

    Saya belajar,
    Bahawa saya mempunyai hak untuk marah
    Tapi itu bukan bererti
    Saya harus membenci dan berlaku biadap

    Saya belajar,
    Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
    Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
    Dan jika saya mencintai dan menyayanginya
    Saya tidak akan mempermainkannya
    Dan mencintai dan menyayangi dengan sepenuh hati saya

    Saya belajar,
    Bahawa orang-orang yang saya kasihi
    Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri
    Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya…
    Bahagiakanlah orang lain walaupun diri kita merana...

    Saturday, July 3, 2010

    Ku Bukan Aku

    Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

    Lama sungguh hari berlalu
    Hening malam menyiksaku
    Bila bersendirian sepi jadi pilu

    Kau pergi aku yang hilang
    Sedikit pun hidup tak senang
    Langit cerah ku renung mendung kelabu

    (korus)
    Kerana diriku bukan aku
    Tiap kali kau menjauh
    Fikiran tak keruan
    Jiwa rasa kekosongan
    Diriku bukan aku
    Tiap kali kau menjauh
    Pulangkan dia ke pangkuanku

    Yang digemar menjadi bosan
    Sukarnya cari ketenteraman
    Bila hati bersedih semuanya tak betul

    Ku cuba setabah hati melupakan
    Dirimu dari ingatan
    Tapi semakin dicuba semakin rindu

    (ulang korus 2x)

    Friday, July 2, 2010

    Ku Pendam Sebuah Duka


    Ku Pendam Sebuah Duka

    bercinta sudah lama
    berkasih dan bermesra
    sedang enak membuai rasa
    perpisahan tercipta
    mengapa sememtara
    cerahnya cinta kita
    mendung tiba tiada kupinta
    gelapnya suasana
    walaupun hatiku amat berat
    melepasmu
    dan rintangan mendatang sayang
    terpaksa kuleraikan
    seandainya
    kita harungi jua..
    kelak punah semua sayang
    mimpi yg kuharapkan
    ku pasti kau kembali
    menyatu dua hati
    lebih elok cari pengganti
    tiada kau menyendiri
    tak guna disesalkan
    hakikat percintaan
    mungkin terpendam kenikmatan
    sebalik perpisahan..

    Kebahagiaan Dalam Perpisahan

    lirik lagu kebahagiaan dalam perpisahan


    Tak perlu ucapkan sepatah kata
    Kerna lantang terbaca dari muka
    Kau dan daku sudah tiada
    Keserasian di jiwa
    Mungkin magisnya sudah hilang

    Tak perlulah kita mencuba lagi
    Betulkan kesilapan perhubungan ini
    Bila setiap perbincangan
    Menjadi perbalahan
    Manakah agaknya cinta pasti

    Chorus:

    Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
    Bunga yang layu pada musim luruh
    Yang dulunya mekar di sinar suria
    Bila sudah kering pasti akan gugur

    Seperti cinta kita yang jelas ternyata
    Semakin lama oh semakin rekah
    Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
    Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

    Usah titis air mata kau tangiskan
    Ku dah cukup menampung selautan
    Begitu lama ku pendam
    Tapi hanya berdiam
    Kerna cuba menafi realiti

    45 Life Lessons

    45 Life Lessons - Read please. :)

    1. Life isn't fair,but it's still good.

    2. When in doubt, just take the next small step.

    3. Life is too short to waste time hating anyone...

    4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and parents will. Stay in touch

    5. Pay off your credit cards every month.

    6. You don't have to win every argument.. Agree to disagree.

    7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.

    8. It's OK to get angry with God.. He can take it.

    9. Save for retirement starting with your first paycheck.

    10. When it comes to chocolate,resistance is futile.

    11. Make peace with your past so it won't screw up the present.

    12. It's OK to let your children see you cry.

    13. Don't compare your life to others.You have no idea what their journey is all about.

    14. If a relationship has to be a secret,you shouldn't be in it.

    15. Everything can change in the blink of an eye. But don't worry; God never blinks.

    16. Take a deep breath. It calms the mind.

    17. Get rid of anything that isn't useful,beautiful or joyful.

    18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.

    19.. It's never too late to have a happy childhood. But the second one is up to you and no one else.

    20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.

    21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.

    22. Over prepare, then go with the flow.

    23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.

    24. The most important sex organ is the brain.

    25. No one is in charge of your happiness but you.

    26. Frame every so-called disaster with these words'In five years, will this matter?'

    27. Always choose life.

    28. Forgive everyone everything.

    29. What other people think of you is none of your business.

    30. Time heals almost everything. Give time time.

    31. However good or bad a situation is, it will change.

    32. Don't take yourself so seriously. No one else does.

    33. Believe in miracles.

    34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.

    35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.

    36. Growing old beats the alternative -- dying young.

    37. Your children get only one childhood.

    38. All that truly matters in the end is that you loved.

    39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.

    40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's,we'd grab ours back.

    41.. Envy is a waste of time. You already have all you need.

    42. The best is yet to come.

    43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

    44. Yield.

    45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift.


    ~ Courtesy of Regina Brett

    BERusaha dan tawakal untuk MENCARI Pasangan


    PENULISAN Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

    1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

    2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

    3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

    4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

    5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

    6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

    7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

    8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

    9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

    10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

    11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

    12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

    13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

    14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

    15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

    16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

    17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

    18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

    19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

    20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

    21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

    22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

    23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

    24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

    25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

    26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

    27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

    28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

    29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

    30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

    31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

    32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

    33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

    34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

    35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

    36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

    37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

    38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

    39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

    40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

    41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

    42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

    43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

    44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

    45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

    46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

    47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

    48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

    49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

    50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

    51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

    52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

    53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

    54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

    55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

    56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

    57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

    58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

    59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

    60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


    C.I.N.T.A


    Kepada yang masih SINGLE…
    Cinta ibarat kupu-kupu.
    Makin kau kejar, makin ia menghindar.
    Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
    menghampirimu di saat kau tak menduga..

    Cinta mampu membahagiakanmu
    tapi sering pula ia menyakiti,
    Tapi cinta itu hanya istimewa
    apabila kau berikan cinta
    kepada seseorang yang layak menerima...

    Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
    Cinta bukannya mencari seseorang yang
    “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang
    yang mampu menjadikan dirimu sempurna....




    Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
    Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!”
    bila kau tidak benar-benar peduli.
    Jangan bicarakan soal perasaan
    bila itu tidak benar-benar ada.
    Jangan kau sentuh hidup seseorang
    bila kau hanya berniat main-main dengannya.
    Jangan menatap ke dalam mata seseorang
    bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan....
    Hal paling kejam yg dilakukan ialah
    membuat seseorang jatuh cinta,
    sedangkan kau tdk berniat langsung
    “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh....

    Kepada yang PATAH HATI…
    Sakit… luka… hancur.. patah hati…
    bertahanLAH selama kau menginginkannya
    dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
    Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
    tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
    sebagai pengajaran dan hikmahnya...

    Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
    Bagaimana kalau jatuh cinta?
    Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
    Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
    Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
    tidak boleh meminta apa2.
    Bersedialah untuk terluka dan menderita,
    tetapi jangan simpan semua rasa sakit
    jika itu yang benar2 dialami....

    Kepada yang ingin MENGUASAI…
    Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
    berbahagia dgn org lain,
    tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
    bahawa orang yang kau cintai ternyata
    tidak bahagia dengan mu....

    Kepada yang takut MENGAKUI…
    Cinta menyakitkan bila anda
    putuskan hubungan dengan seseorang.
    Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
    memutuskan hubungan dengan mu.
    Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
    Orang yang kau cintai langsung tidak
    mengetahui perasaanmu terhadapnya....

    Kepada yang masih bertahan
    MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
    Hal menyedihkan dalam hidup ialah
    bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
    Kemudian akhirnya menyedari bahawa
    dia bukanlah jodohmu dan kau telah
    mensia-siakan masa bertahun-tahun
    untuk seseorang yang tidak layak.
    Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
    10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
    Biarkan dia pergi dan lupakan......

    bila cinta....

    Bila cinta kini
    Tak lagi bermakna
    Yang kurasa kini
    Hanyalah nestapa
    Ditinggalkan cinta masa lalu

    Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
    Dan kusambut itu
    Dengan segenap hatiku
    Walau engkau pergi tinggalkan ku

    Hilangnya cintamu
    Menusuk hatiku
    Biarku memilih
    Cinta yang fana

    Perginya dirimu
    Merobek jantungku
    Biarku terjatuh
    Dalam harapan

    Hilangnya cintamu
    Menusuk hatiku
    Biarkan terjatuh
    Dalam harapan
    ..... Dalam harapan

    sifat2 lelaki....

    20 sifat lelaki yg perempuan benci

    1. MENINGGIKAN SUARA
    Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

    2. MAIN KAYU TIGA
    Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

    3. SUKA 'CUCI MATA'
    Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.

    Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

    4. MENGONGKONG
    Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

    5. EGO
    Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

    6. MENIPU
    Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

    7. PERASAN
    Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

    8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
    Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

    9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
    Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

    10. CEMBURU BUTA
    Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

    Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

    11. MATA DUITAN
    Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

    12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
    Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

    13. PANAS BARAN
    Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

    14. KAKI MEROKOK
    Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

    15. PENGOTOR
    Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

    16. GELOJOH
    Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

    17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
    Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

    18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
    Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

    19. PUTAR BELIT
    Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!

    Jujurlah pada pasangan anda.

    20. SUKA KONTROL MACHO
    Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.

    Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

    kasih sayang

    "RuMpUt N sEsEoRaNg"

    Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

    Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

    Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

    Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

    Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

    Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

    Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

    Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

    Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

    Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas...

    Bila Bola Dunia Kembali lagi....

    surat utk isteri2, aweks2, gfren2 dsbnya...

    Ke hadapan, Sayangku yang dikasihi,

    1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

    2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

    3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

    4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

    5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

    6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

    7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

    8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

    9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
    a) Abang tak akan pergi,
    b) Abang tak akan pergi, dan
    c) Abang tak akan pergi.

    10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

    11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

    12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier League, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

    P/S Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer. Terima kasih atas kerjasama sayang.

    Perihal Seorang Wanita dalam Percintaan....



    * Jika kau menciumnya, kau bukan gentleman
    * Jika kau tidak menciumnya, kau bukan lelaki
    * Jika kau memujinya, ia akan mengira kau ngegombal
    * Jika kau tidak memujinya, kau adalah lelaki tak berguna
    * Jika kau setuju semua keinginannya, dia akan ngelonjak
    * Jika kau tidak setuju, kau tidak pengertian
    * Jika kau bercinta dengannya, kau dicurigai “sudah ahli”
    * Jika kau tidak bercinta dengannya, kau bukan lelaki
    * Jika kau kunjungi dia sering-sering, dia pikir kau membosankan
    * Jika tidak kau kunjungi sering-sering, dia menuduhmu main sama orang lai
    * Jika kau berpakaian rapi, dia bilang kau menarik perhatian wanita lain
    * Jika kau tidak berpakaian rapi, dia bilang kau berantakan
    * Jika kau cemburu, dia bilang kau jahat
    * Jika kau tidak cemburu, dia bilang kau tidak cinta padanya
    * Jika kau ingin bercinta, dia kata kau tidak menghormatinya
    * Jika kau tidak ingin bercinta, dia pikir kau tidak suka padanya
    * Jika kau telat satu menit, dia akan marah-marah
    * Jika dia telat satu jam, dia bilang itu memang seharusnya seorang wanita
    * Jika kau mengunjungi wanita lain, dia akan menuduh kau punya wanita lain
    * Jika dia dikunjungi lelaki lain, “Oh! Sudah biasa, kami wanita!”
    * Jika kau menciumnya sebentar, dia tuduh kau orangnya dingin
    * Jika kau menciumnya lama, dia teriak bahwa kau kurang ajar
    * Jika kau gagal membantu dia menyeberang jalan, kau kurang etika
    * Jika kau berhasil membantunya menyeberang jalan, dia anggap itu taktik lelaki
    * Jika kau menatap wanita lain, dia tuduh kau buaya
    * Jika dia ditatap lelaki lain, dia berkata bahwa mereka mengaguminya
    * Jika kau membiayai hidupnya, dia pikir kau meremehkannya
    * Jika kau tidak membiayai hidupnya, dia pikir kau peli
    * Jika kau bercinta dengan wanita lain, dia minta putus
    * Jika dia bercinta dengan lelaki lain, “Bukan salahku! Dia yang memaksa!
    * Jika kau berhasrat bercinta dengannya, dia anggap hanya itu yang kau inginkan
    * Jika kau tidak berhasrat bercinta dengannya, dia anggap kau jual mahal
    * Jika kau bicara, dia ingin kau sendiri mendengar yang kau bicarakan
    * Jika kau mendengar, dia ingin kau yang bicara
    * Jika saat bercinta dia diam saja,dia minta dicumbu
    * Jika saat bercinta kau diam saja, dia juga diam saja
    * Jika dia menangis, kau salah telah membuatnya menangis
    * Jika kau menangis, dia pergi darimu karena kau bukan lelaki sejati


    batu LoVe

    gHAIBmu


    Biar ghaibmu suatu misteri..
    Tiadaku mencari..
    Sebarang pembayang lagi...

    Biar ia bertanda tanya saja..
    Hatiku dah lama bertitik noktah...
    Biar..biarlah berlalu...
    Biar...biarlah begitu..

    Biar waktu mengubat rindu..
    Tiadaku mencari..
    Sebarang penawar pilu..

    Biarlah mereka tertanya-tanya..
    Hatiku dah lama berganti arah..
    Biar...biarlah berlalu..
    Biar..biarlah begitu..

    Mana pergi janji...
    Setia di sisi..
    Hanya aku yang tertunggu-tunggu..
    Waktu pun berjalan..
    Tak berkesempatan..
    Kau hilang tanpa pesanan..

    Biar..biarlah berlalu..
    Biar..biarlah begitu..

    miss him but is't he same like me??????

    Sampaikanlah salam cintaku padanya
    Walaupun terluka namunku merindu
    Kerana cintaku tiada akhirnya
    Walaupun kau telah menghancurkannya

    Sampaikanlah salam cintaku padanya
    Walaupun sengsara namunku masih sayang
    Kerana cintaku mewangi dan harum
    Walau tercampak di mana jua

    Andaiku tiada, andaiku pejam mata
    Biarku abadi, cinta yang setia ini
    Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
    Kerana aku masih menyayangimu
    Tidak pernah aku membenci dirimu

    Maksud ALLAH siapa yang tahu....

    Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.



    Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

    Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

    Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

    Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.



    Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

    Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.



    Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?



    Tuhan pun berfirman,

    "Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"

    Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"


    -------------------------------------------------------------------------
    Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.


    Pelajaran pertama adalah:

    Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.


    Pelajaran kedua adalah:

    Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.


    Pelajaran ketiga adalah:

    Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.


    Pelajaran keempat adalah:

    Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

    Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

    Maksud ALLAH siapa yang tahu....

    Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.



    Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

    Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

    Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

    Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.



    Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

    Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.



    Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?



    Tuhan pun berfirman,

    "Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!"

    Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"



    Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

    Pelajaran pertama adalah:

    Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

    Pelajaran kedua adalah:

    Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.



    Pelajaran ketiga adalah:

    Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

    Pelajaran keempat adalah:

    Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.

    Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

    Thursday, July 1, 2010

    morning on 1 Julai

    tanpa meera sedari
    meera tak tido sampai ke saat ini
    bertahan sungguh
    enta nape
    semalam abis je meeting
    tak nak tido n tak nak balik bilik
    gi pun
    ngah practice senam seni
    so maybe
    or iye ar
    disebabkan senam seni tak mantap
    so meera tak tido n
    practice n terus pratice
    tapi
    still ada ar step yang ingat n tak ingat tue
    huhuhu
    pe pun yang penting da wat yang terbaik
    so pagi ni lam kul 730 pagi
    akan wat senam seni
    bersama PM2 yang lain
    coz nanti
    Minggu Haluansiswa
    kena ajar freshie2
    n performe kat padang varsiti
    hope semuanya berjalan lancar

    petang sok kul 500 petang
    last performe tuk alls wakil PM tuk senam seni
    wat latihan kat
    kolej 9
    hahahaha

    p/s : adakah malam ini meera akan mengantok teramat sangat or tak eh????