Saya belajar,
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
Untuk orang yang saya cintai..
Saya belajar,
Bahawa saya perlukan waktu bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya.
Saya belajar,
Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya
Dapat melakukan banyak perkara bersama
Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama.
Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah orang jahat
Tetapi sebenarnya merekalah yang selalu membangkitkan semangat
dalam hidup saya dan orang yang selalu mengambil perhatian terhadap diri saya.
Saya belajar,
Bahawa sahabat sejati sentiasa mekar dihati
Walaupun dipisahkan oleh jarak yang jauh
Dan kadang-kadang melahirkan kasih sayang yang sejati.
Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
Seperti yang saya inginkan
Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai saya.
Saya belajar,
Bahawa sebaik-baik pasangan itu
Mereka pasti pernah melukai hati saya
Tapi saya tetap memaafkannya.
Saya belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni
diri sendiri dan orang lain
supaya tidak mahu perasaan bersalah berpanjangan menguasai diri saya.
Saya belajar,
Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama
Tapi memberi pendapat yang berbeza.
Saya belajar,
Bahawa orang disekeliling saya boleh mempengaruhi peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab
Terhadap apa yang telah saya lakukan.
Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya.
Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih
Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya
Atau saya yang menguasai sikap dan emosi
Saya belajar,
Bahawa saya mempunyai hak untuk marah
Tapi itu bukan bererti
Saya harus membenci dan berlaku biadap
Saya belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
Dan jika saya mencintai dan menyayanginya
Saya tidak akan mempermainkannya
Dan mencintai dan menyayangi dengan sepenuh hati saya
Saya belajar,
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Perlu diutamakan daripada diri saya sendiri
Kerana mereka adalah segala-galanya bagi saya…
Bahagiakanlah orang lain walaupun diri kita merana...

No comments:
Post a Comment