Tuesday, January 25, 2011

~khususan bt insan yang tersayang ♥♥~~

~khususan bt insan yang tersayang ♥♥~~


Tuhan, anugerahkan nafsuku sebuah rasa Taqwa, yang bisa membimbingku untuk lebih mengenali-Mu, menyintai-Mu, lebih dari seluruh kecintaan yang lainnya

Surat buat die tercinta dari insan sepi,

Kadang-kadang, aku malu untuk berterus terang, sebenarnya aku mahu berubah, dari seorang insan yang jahil, kepada insan yang berilmu. Tapi kali ini, setelah lama berfikir, aku nyatakan pada kalian semua wahai daie tercinta, aku mahu dibimbing olehmu. Aku mahu berubah menjadi muslimat solehah, kebanggaan ibu ayahku, kebanggaan teman-temanku, paling utama kebanggaan penciptaku, Allah yang Esa.

Namun, setiap kali hatiku terdetik sebegitu, aku mula risau, mahukah kalian duhai daie tercinta membimbingku ini. Aku seringkali bersangka-sangka, aku langsung tidak dipandang oleh kalian, lantaran penampilanku seolah sering memberontak terhadap insan seperti kalian. Kalian hanya memandang mereka yang baik-baik dan bergaul dengan yang baik-baik. Aku semakin rasa dipinggirkan oleh kalian. Aku mahu mulakan bicara dengan kalian, bimbang aku akan ditolak tanpa sedikit pengadilan.

Hidupku diisi dengan maksiat. Hidupku hanya bermain dan berhibur. Aku sengaja menarik perhatian kalian. Aku mahu kalian memberi sedikit bimbingan kepadaku. Lagi-lagi, aku masih tidak diendahkan. Terlupakah kalian wahai daie tercinta, tugas kalian membimbing insan seperti aku kembali ke jalan yang benar. Namun, hingga kini aku dibiarkan. Adakah kerana kalian takut? Atau, bimbang jika aku menolak? Aduhai daie, pengecut rupanya kamu. Di Akhirat kelak, jika aku di tanya oleh Tuhanku, orang pertama yang aku persalahkan ialah kalian wahai daie yang tercinta! Kerana kalian lalai dengan tugas kalian! Lalai!

Balasan dari die buat insan sepi yang dikasihi

Astagfirullahal azim, maafkan kami wahai insan sepi yang dikasihi, maafkan kami. Rupanya, kami terlupa ada insan yang mengharapkan kami. Kami juga seakan-akan lupa tugas kami dijadikan di muka bumi ini sebagai khalifah.

Wahai insan sepi yang dikasihi, tulus dari hati kami, mahu membimbing kamu dan membawa kamu bersama-sama kami, tapi kami takut, lantaran kamu sentiasa memandang jelek kepada kami. Astagfirullahal azim, maafkan atas khilaf kami kerana memandang kamu sedemikian rupa.Kerana luahan hati dari insan sepi, kini baru kami sedar, daie tidak perlu gentar menjalankan dakwah. Sedangkan Rasulullah SAW menghadapai pelbagai mehnah, baginda mampu bersabar, sedangkan kami yang mengaku menyintai baginda, mengapa tidak mampu mencontohi keperibadiannya?

Baru sedikit dihadapkan dengan cacian dan tohmahan, kami mula berundur. Duhai, baginikah sikap seorang daie? Tidak, kami akan berubah.!

Wahai insane sepi yang dikasihi, maafkan kami. Kami berjanji akan membimbing dan membawa kamu bersama kami. Kami tidak akan jadi pengecut lagi. Kami takut azab seksa di akhirat kelak, lantaran kami tidak menjalankan amanah sebagai daie dan khalifah.

Insan sepi yang dikasihi, sudikah kamu bersama kami?

Balasan dari insan sepi

Pasti, aku mahu bersama kalian, bimbinglah diri ini. Bimbinglah dan ubahlah diri ini, sebelum aku diambil Ilahi. Ya Allah, berikanlah hidayah kepadaku, lembutkanlah hatiku menerima sentuhan tarbiah dari daie yang tercinta ini.

Balasan dari daie yang tercinta

Alhamdulillah, ayuh, kita berganding bahu memburu redha Allah. Semoga tiap langkah kita wahai insan sepi, diiringi petunjuk pimpinan dari-Nya jua.


Radziah Abu Bakar

www.alwaanulhayat.blogpsot.com

apa pun kita perlu redha

No comments: