bulan syaaban telah berlalu, kini ramadhan telah datang menjelma.. dugaan demi dugaan akan kita tempuhi dengan kesabaran dan ketenangan ketika menyambut ramadhan.. ramadhan pada tahun ini merupakan sejarah untuk meera kerana inilah pertama kali dalam hidup meera, berpuasa seorang diri jauh dari keluarga.. masalah dan dugaan yang meera tak dapat elakkan jadi meera terpaksa untuk berada jauh dari keluarga... masalah kewangan yang kadang kala nampak remeh tapi menyukarkan diri untuk menempuhnya.. nasib baik keluarga memahami diri ini dan memberi sokongan padu untuk meera supaya tabah di sini.. sedih hiba dah sebati dalam diri meera ari ini.. dah tak mampu meera nak mengeluarkan air mata ni kerana terlalu merindui keluarga yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati.. moga ramadhan pada tahun ini memberi erti untuk meera sekeluarga.. niatkan dihati pada bulan ramadhan ini supaya lebih tabah dan menjadi lebih matang dari sebelumnya..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment