erm morning semua pembaca blog... pagi2 nie cuaca menyejukkan meera yang terlantar di katil tapi tak mampu membuat diri meera terbuai di atas katil.. cukup2 ar semalam meera tido lena.. penat seh wat jamuan semalam.. so tak sempat nak kemas kini citer meera semalam... citer pertama yang meera nak share kat korang2 kan.. seperti biasa, meera lau on je tnet.. 1st thing yang meera wat, cek email.. bkan ape mana ar tau ada benda penting yang berkaitan ke, yang sememangnya dah berkaitan pun.. huhuhu.. so semalam ada 1 email yang memang perlu dikkongsikan bersama.. lau sapa yang dah tahu tak pe ar tapi lau yang belum, ar meh cini dok jap sampai abis meera akan citer.. hihihi.. email nie meera dapat dari kawan meera iaitu kawan meera ni dapat dari kawan2 dia n kawan2 dia get dari kawan karib die.. erm ada faham.. tak pe yang penting ,meera da dapat so kamu baca je pe yang perlu dibaca.. meera tak sangka tarian yang sudah pun sinonim ngan diri meera rupa2nya mempunyai maksud lain juga.. terkesima sebentar diriku apabila mengetahuinya.. kamu semua baca ar lu ape yang meera maksudkan tue..
-------------------------------------------------------------------
السلام عليكم ورحمة الله وبركات & Salam Sejahtera,FIKIR LOGIK PUN BETOI GAK TARIAN INI…YA ALLAH
Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini
"Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."
Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini..
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM... --------------------------------------------------------------- so lepas korang baca ni mesti da faham konsep tarian poco2 so lepas ni tak payah dah nak wat tarian tue lagi ke.. sebar2kan citer ni pada semua yang kamu kenal.. |
|
No comments:
Post a Comment