Saturday, August 28, 2010

entry for today

ari ni masih diberi kesempatan untuk berpuasa
alhamdulillah tadi meera berbuka puasa
nasi
+
ikan (lupa lak ikan ape? n masak ape? :))
+
bubur
+
kurma
+
air oren tapi macam bukan je

senarai juadah berbuka tadi
yippi

semakin hari semakin menyepi je terasa sekitar kolej kediaman kinabalu ini
mungkin disebabkan
hari merdeka cuti
so pelajar2 kat cini amik kesempatan
untuk pulang ke rumah

tapi ada gak sesetengah tak gi mana pun
cuma kuar shopping raya

meera taun ni tak kuar bershopping pun
coz bajet ciput je tinggal
so pakai mana yang ada je

lagipin mak cakap mak belikan
lau tak sempat tunggu akak ni balik umah dulu
pas tue baru cari baju

bagus anak mak nie kan
hhihihihi

k ar out dulu...

Ayah..

tidak ku sangka
aku hanya berkata-kata dalam hati
nanti nak call ayah la
coz ayah ada tepon adik2 kat rumah

pagi tadi
lam kul 947 pagi
ayah call aku
betapa gembiranya aku
sehingga tak tergambar
kerna sekian lama
ayah menyepikan diri bersama keluarga barunya

walaupun tak lama
kami berdua bersembang
tapi da cukup
bagiku melunaskan kerinduan
ku pada ayah

terima kasih ayah
kerana ayah tidak lupa akan anak2mu
yang jauh di utara ni
semoga ayah sentiasa bahagia bersama keluarga barunya
sayang ayah

#mood sedih menangis hiba.. uwa uwa uwa#

Friday, August 27, 2010

bowink

seharian terperuk di dalam bilik sahaja
terasa malas nak kuar dari bilik untuk pergi berbuka d DM la
sapa ada ubat untuk meera ni
plez help me!!

tapi kena pergi juga turun berbuka ramai2 d DM
huhuhu

meera kuatkan semangat
dont lazy2 lor
nanti kena marah ngan pak su garang kot!!

Could I have this kiss forever


Enrique Iglesias - Could I Have This Kiss Forever lyrics

WHITNEY:
Dame un beso para siempre

ENRIQUE:
Over and over I look in your eyes
You are all I desire
You have captured me
I want to hold you
I want to be close to you
I never want to let go

WHITNEY:
I wish that this night would never end
I need to know

CHORUS (together):
Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I, could I, could I have this kiss forever

WHITNEY:
Over and over I've dreamed of this night
Now you´re here by my side
You are next to me
(You are next to me)
I want to hold you and touch you and taste you
And make you want no one but me
I wish that this kiss could never end
Oh baby please

CHORUS:
Could I hold you for a lifetime
Could I look into your eyes
Could I have this night to share this night together
Un beso para siempre (Enrique),
Para siempre (Whitney)
Could I hold you close beside me
Could I hold you for all time
Could I, could I, could I have this kiss forever

BRIDGE(together)
I don´t want any night to go by
Without you by my side
I just want all my days
Spent being next to you
Lived for just loving you
And baby, oh by the way

CHORUS
Sólo, sólo un beso, un beso para siempre (Enrique)
Para siempre (Whitney)
Dame un beso para siempre (Enrique)
Para siempre (Whitney)
Could I have this kiss forever
Could I have this kiss forever
kisah ini tercipta terjalin bagaimana dua jiwa bersatu mengharungi halangan bersama tapi
bersamakah mereka???
-------------------------------------------------------------------------------
perkenalan kita bermula ketika diriku sedang bercuti dirumah akak angkatku.
masa tu aku kepunyaan orang lain.
kau hadir ke rumah petang tu atas jemputan rakan karibmu merangkap kekasihku.
malam tu bermula temubual kita berdua.
enta nape malam tu
diriku tidak mau tidor
dan kamu tidak dapat tidor ditempat orang
malm tu kita bersembang sampai ke pagi
seakan-akan kita ni memang pernah kenal je kan
padahal kita baru je berkenalan kurang dari 5jam tadi
macam2 yang kita bualkan
bermula detik itu juga
kau meminta nombor fon ku
atas sebab jika aku ada masalah dengan sahabat merangkap kekasihku tu
bolehlah nak share masalah dengannya

aku terus memberi handfone ku padanya
enta nape aku dengan dia
begitu mudah sahaja berkawan
terasa tenang n selesa bila dengannya

perhubungan kawan kami diteruskan lagi
semakin ku kenali dirinya
semakin ku mengerti dan memahami dirinya
dia memang seorang yang sangat teliti n ada gak sedikit cerewetnya
walaupun cam tu tapi aku tetap seronok dengannya

hubunganku dengan kekasihku semakin hari semakin hambar
mungkin sebab dia sibuk jadi jarang nak hubungi aku

namun begitu
kusangka kan dialah orang teristimewa penyeri hidupku
tapi tidak
pe pun
aku pasrah dan redha atas semua ini
dengan apa yang terjadi antara aku dan kekasihku dulu

aku cerita semua ini bersama dia
dia berusaha untuk menggembirakan kembali hatiku

macam2 dia lakukan sehinggalah
pada suatu hari
dia berterus terang menceritakan
hal yang aku tidak jangka
sebegini yang akan aku dengari

dia melamar diriku
aku bertanya padanya
sanggupkah dia menerima diriku yang tak seberapa ini
sanggupkah menerima aku dan familyku
kerna aku bukanlah insan yang mempunyai semua kesempurnaan itu
dia menjawab
dia sudi menerima diriku
dan segalanya

bermula detik itu
hubungan kami semakin mesra
teman tapi mesra
dialah sahabat
dialah kawan
dialah teman
dialah kekasih hati
dialah bakal sebahagian hidupku
insyallah
S M

*entry mungkin akan bersambung lagi. nantikannya*

10 Petanda Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

* Ditulis oleh Hj Abdul Samad *

Kebahagian dalam Ketenangan Jiwa

ALANGKAH bahagianya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan. Sebaliknya, amat gelisah sekali buat seseorang yang jiwanya mengalami kebingungan serta kegoncangan.

Dalam kehidupan ini pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia, iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya sering merasa gelisah.

Remaja tentu pernah mengalami saat diri terasa bingung dengan masalah menyebabkan jiwa menjadi gelisah dan tidak menentu.


Ketika itu, terasa tiada tempat untuk mengadu, hampir putus asa dalam keadaan terkapai-kapai bersendirian. Saat itu, kita amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran.


Jika penyakit kencing manis akibat gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress kerana tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.


Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan. Berbanding dengan racun biasa yang memudaratkan anggota badan. Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.


Mata perlu digunakan bagi tujuan melihat perkara yang baik dan indah.

Bukannya perkara haram dan lucah. Telinga adalah untuk mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah. Perut pula mesti diisi dengan yang halal. Yang buat kita tidak tenang juga adalah disebabkan oleh hati yang kotor. Bukan saja dengan dosa tetapi juga akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing." Dimaksudkan dengan malaikat adalah ketenangan yang dibawa, yang dimaksudkan dengan rumah adalah hati, yang dimaksudkan dengan anjing adalah sifat dan akhlak tercela.


Maknanya kalau kita ada akhlak dan sifat tercela, hati yang bertindak sebagai rumah sudah menjadi kotor dan ketenangan tidak akan menjenguk.


Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggalnya dan menetap syaitan sebab perangai buruk ditaja syaitan.


Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau ialah hasad dengki iaitu tidak senang lihat orang senang, takbur, ego serta sombong dan inilah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya.


Begitu juga ujub dan riak. Mereka berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah. Selain itu mereka mengharapkan pujian dan sanjungan. Apa lagi jika seseorang itu bersifat bakhil dan kedekut pasti tidak akan pernah tenang hatinya kerana sentiasa terikat dengan harta, cinta harta.


Apa lagi cintakan kemasyhuran yang langsung tiada perasaan rendah diri sudah pasti hati akan berasa gelisah. Sifat pemarah membuat orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

contoh terbaik ialah diri sendiri

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.

Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan. Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. "Mulakan dengan dirimu," kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.

Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul' nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri.

jangan menyalahkan orang lain jika gagal

SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.


Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.


Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.


Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

pemakanan sihat jamin kesihatan

RAMADAN menyediakan peluang untuk kita menyempurnakan ibadah puasa serta melakukan segala amalan yang baik.

Segala amal ibadah dan amalan sihat termasuk pemakanan seimbang serta pembersihan rohani dan jasmani seharusnya diteruskan sepanjang hayat.


Amalan yang baik itu juga dapat dijadikan contoh untuk ahli keluarga dan mereka yang rapat. Tanamkan tekad pada diri untuk meneruskan segala amalan berkenaan.


Tabiat sihat
Satu daripada perkara baik yang kita perolehi daripada semangat Ramadan adalah pemakanan sihat dan mengekalkan diet yang sihat. Semasa berpuasa, kita mempelajari kepentingan untuk mengambil makanan yang menyihatkan mengikut keperluan tanpa perlu makan secara berlebihan. Teruskan amalan baik ini dan pasti tubuh anda akan mendapat kebaikan daripada tabiat sihat ini.


Pilih ramuan dan bahan segar serta cara penyediaan yang sihat apabila ingin menyediakan hidangan untuk keluarga. Gunakan seberapa banyak bahan dan ramuan semula jadi untuk masakan. Selain itu, sediakan hidangan yang kaya dan seimbang serta mengandungi semua peringkat kumpulan utama makanan. Teruskan juga pengambilan makanan yang tinggi dengan serat untuk memastikan diet yang sihat. Penyediaan hidangan yang disediakan sendiri di rumah memastikan tabiat makan yang sihat dapat diteruskan.


Selepas Ramadan nanti, cuba berpuasa sekali sekala untuk “membersihkan” tubuh. Tidak perlu berpuasa untuk sebulan, memadai untuk satu atau dua hari bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam tubuh.


Sekiranya anda berjaya mengurangkan beberapa tabiat tidak sihat seperti merokok ketika Ramadan, mengapa tidak menghentikan saja tabiat itu? Bukan saja tubuh anda menghargainya, malah fokus minda anda juga mendapat manfaat.


Tabiat sihat untuk jantung sihat
Satu elemen penting dalam memastikan pelaksanaan ibadah puasa dapat disempurnakan adalah memastikan pemakanan yang betul dan sihat. Diet yang betul dan seimbang bukan saja dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang Ramadan, malah dapat membantu mencegah pelbagai masalah dan gangguan kesihatan demi menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat.


Tidak dinafikan pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang hanya mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti kegemukan, paras kolesterol tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Satu perkara yang harus diberikan perhatian serius - penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia, malah ancaman pembunuh senyap ini tidak pernah berkurangan.


Satu cara terbukti merendahkan kolesterol dan menurunkan risiko penyakit jantung adalah dengan mengambil serat, terutama serat larut (beta-glukan) yang boleh didapati di dalam oat. Laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat menyatakan, diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Oleh itu jika kita mempunyai paras kolesterol normal, pengambilan oat dapat memastikan kesihatan jantung. Jika kita mempunyai paras kolesterol yang tinggi iaitu 5.0 ke 5.2mmol/L dan ke atas, pengambilan bijirin oat yang disarankan adalah sebanyak dua mangkuk bersamaan dengan 70 gram bijirin oat setiap hari. Ini dapat membekalkan kita dengan tiga gram beta-glukan yang berkesan dalam membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.

Apabila mengambil bijirin oat, serat larut (beta-glukan) akan mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam usus. Kemudian, ia disingkirkan menerusi sistem usus besar. Apabila bendalir hempedu sudah disingkirkan daripada sistem, tubuh akan mencuba untuk menggantikannya. Hasilnya, hati kita akan menarik lebih banyak kolesterol dari darah untuk menghasilkan bendalir hempedu. Tindakan ini membantu menurunkan paras kolesterol yang berlebihan di dalam darah.


Bijirin Quaker oat untuk jantung sihat akan lebih berkesan sekiranya digabungkan dengan gaya hidup yang sihat. Elakkan diri daripada merokok dan pastikan kita menjalani aktiviti fizikal. Sekiranya berat badan berlebihan, ambil langkah untuk mengurangkan berat badan. Semua ini dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


Teruskan segala amalan sihat dan baik ini yang diusahakan sepanjang Ramadan untuk menjadikan kita individu yang berjaya dan lebih baik dalam segala aspek.


Artikel ini adalah sumbangan Program Jantung Bijak Quaker

TEST

oh no! minggu depan
hari Isnin
kul 10 pagi
kt bilik seminar cengkih
tutorial terminologi
pengajar cik ezora
akan ada
TEST!!!!!



someone help me
sapa nk study sama2 ngan meera
da ar kena baca semua bab
coz Dr Puteri da abiskn silibus kuliah
tuk
terminologi dalam perancangan bahasa Melayu

kesemuanya ada
12 bab
agak2 cik Ezora nk bagi soalan jenis pe eh
adakah objektif mahupun struktur
tapi bagi meera lor
baik bagi soalan struktur
senang cikit nak mengarang
tapi lau objektif
nak tak nak
jawapan kena pilih so
lau salah
tak da markah
tul tak

pe lagi meera ni dok meraban kat cini kan
da tau test
study ar
bukan ngadap lappy ni
huhuhu



P.U.A.S.A.

hari ni merupakan hari ke-17 semua umat Islam menyambut ramadhan al-mubarak.
sedar tak sedar kurang 2 minggu lagi kte akan menyambut kedatangan syawal.
terasa sekejap masa berlalu
menandakan hari masa kita semakin pendek
(kawan meera punya pandangan lor)

meera rasa ramadhan kali ini berbeza sedikit dengan sebelum ni
enta nape
terasa sedikit kekurangan kekecohan ramadhan
apa yang meera maksudkan diri meera je
entalah meera terasa seakan2 terasing je dari orang lain
walhal orang lain tak ada seperti yang meera rasakan
betul tak kawan2

ramadhan kali ini membuatkan meera sedar bahawa kita seharusnya
bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan ramadhan ini
kita dapat bagun pagi bersahur
kita dapat menuggu waktu berbuka

jika kita lihat sesetengah orang yang sakit misalnya
insan2 ini tidak dapat berpuasa penuh seperti kita
bukan bermakna tak berpuasa terus
tapi mereka ini hanya dapat berpuasa pada masa tertentu
kerana kesakitan yang dialaminya tidak mampu membuatkan dirinya untuk
terus bertahan berpuasa penuh
(pe2 je meera ni eh, soe lau petikan ini tidak difahami. luahan hati yang berserabut)

selama kita berpuasa ini jugalah kita dapat melihat diri yang sebenarnya
mampukah kita berpuasa seperti yang sebenar-benarnya mukjizat puasa
adakah kita mengikuti dan memahami maksud berpuasa itu?
kita tahu bahawa puasa bukan sahaja
menahan diri dari lapar dan dahaga
tetapi
menahan anggota tubuh badan dari melakukan perkara mungkar
yang boleh mengurangkan pahala puasa
justeru itu
melalui bulan puasa ini juga dapat kita melakukan perkara berfaedah
dan manfaatkan masa dengan sebaiknya

jadi marilah kita sama2 memberkati bukan ramadhan al-mubarak ini
dengan menuntut ilmu seikhlasnya
melakukan tugasan dengan bijaksana
dan bersedia dengan exam
(dedicate tuk diriku n pelajar APM n UM)

SEPI

lamanya meera tak berkongsi cerita dengan kamu semua..
entalah nak cakap malas ada gak
sejak laptop meera problem ni, meera tak dapat nk on9 selalu seperti sebelum ni
nak on9 pun guna laptop member, komputer kt bilik komputer APM, main library n kt umh kor

ape citer yang meera nk share eh???
tunggu je la..
:)
(dimana kegilaanku menulis nie?? )



when someone come into mylife

sEmEnjaK kaU haDiR daLaM hiDuP kU . . .
tIaDa LagI kEreSahAn . . .
kAu menGetUk piNtu hAtIkU . . .
tAnPa sEdaR hinGGa kU izInkaN . . .

kAu yAng bErnaMa cIntA . . .
kAu yaNG mEmbErI raSa . . .
kAu yaNg ilHamkAn bAhAgIa . . .
hiNgGa aKu tEraSa iNdAh . . .



Sunday, August 1, 2010

kisah cinta

semalam meera g perasmian FESKUM 10 kt KPS
Feelhoney wat persembahan pembukaan
nyanyi lagu ni
so saja nk share with u all
walaupun lagu ni da lama didendangkan n da meera dengar
tapi pe kata kite dengar sekali eh
seronok gak tau..
tapi sorry cuma lirik je
nak dengar lagu die cari sendiri lor
huhuhu

___________________________________________________

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana

meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi

mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana

namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
______________________________________

Artis : FeelHoney
Komposer : Copyright Controlled (originally composed by Beethoven)
Penulis Lirik : Hasbi Hj Muhd Ali (Neurotic Studio)
Susunan muzik : Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio)
Studio rakaman : Neurotic Studio
Suara Latar : FeelHoney & Plaintive Melody
Penerbit : Abd Halim Bin Ahmad