salam semua.. benda pertama yg meera nk gitau ialah meera nak say sorry coz da lama tak mengupdatekn blog ni.. banyak da event yg meera join tp tak kesempatan nak post kat dalam ni.. nak cakap sibuk tue ada la gak.. bila online je benda yg buka dulu sudah tentu ar face book.. blog ni buka gak tapi bila time nak tulis tue.. hahahaha tak tau nak citer pe da.. (actually malas da melanda diriku) sebab tue tak post2.. sorry ye kawan2..
meera citer secara umum je ar pe yg da berlaku sepanjang bulan januari ni ek.. so far start je SUKMUM, meera memang da memnyibukkan diri ngan sukan so sape yg tak kenal meera, time2 sukan ni akan selalu ar nampak meera kat padang.. pas satu sukan ke satu sukan yang lain.. tentu tertaye2 ek bape banyak sukan yang meera join ni ek??? tak banyak pun cuma 5 sukan je.. sukan pertama yang meera join ialah bola tampar.. sedih coz da kalah.. hukhuk.. abis je bola tampar diteruskan lagi latihan dengan bola baling n alhamdulillah sampai jua ke separuh akhir tapi hanya mampu mendapat tempat ke-4.. ok la dari tahun lepas.. kalah dalam kumpulan.. ooye!! abis je bola baling sabtu n ahad tue, ari isnin ye lak sukan squash.. bajet2 dapat ke separuh akhir tapi malangnya kalah gak.. sedih kembali.. hukhuk.. so sekarang sedang wat latihan sofball.. esok da start game.. huhu.. berusahalah atlet2 sofball kk8.. apa yang kita mahu.. menang! menang! menang!.. akhir sekali olahraga.. sukan ni saje2 nak abiskan masa.. maybe olahraga kat UKM tp tak sure lagi ar.. olahraga meera join lempar cakera je kot.. tengok ar lu game ape yang meera nak join lagi.. huhuhu... pe pun gambattee atlet2 kk8.. hungga! hungga! hungga!
pada minggu ni gak telah diadakan PRK bukan PKR ek.. PRK tue pilihan raya kampus..sekarang guna cara e-voting je.. lebih maju ke hadapan.. cuma situasi mengira undi tue da tak da ar coz komputer da ambil alih.. haha.. ikutkan tak nak ar melibatkan diri, cuma nak jadi sebagai pengundi.. tapi teringin gak nak tau situasi sebelum semasa n selepas prk tue.. erm best tue memang best.. yang mane kawan da jadi musuh hanya kerana prk.. seronok gak malam2 berjaga.. bagi sokongan kat calon2.. huhuhu.. kenangan yang memang tak akan dilupakan.. tahun depan nak aktif lagi.. (erm enta ar korang faham pe yang meera citerkan pasal prk ni.. wat2 faham je ar) sampai ke hari ini belum tau lagi keputusan sebenar Pilihan Raya Kampus, UM.. agak2 sape ek yang menang???
abis je SUKMUM, cuti se seminggu.. horay!! korang da beli tiket balik kampung ke?? meera tak beli lagi.. terbaik puye.. huhuhu.. ^^
salam semua. pada 23 n 24hb yakni sabtu n ahad lepas, telah berlangsung 1 acara sukan, yang disenarai dalam acara SUKMUM. perlawanan bola baling telah diadakan di gelanggang bola baling, kolej kediaman dayasari. 12 kolej telah bertanding untuk merebut kejuaraan bola baling. pada hai sabtu perrlawan liga kumpulan bagi menentukan tempat johan dan naib johan kumpulan untuk melayakkan diri masuk ke suku akhir. pasukan lelaki kk8 berada dalam kumpulan B bersama kolej 4, 7 n 9 sementara pasukan perempuan berada dalam kumpulan C bersama kolej 3, 4 n 11. pasukan lelaki telah berjaya menjadi johan kumpulan n terus mara ke separuh akhir. pasukan perempuan hanya mampu menjadi naib johan kumpulan n masuk ke suku akhir.
perlawanan suku akhir n terus ke akhir telah diadakan pada hari kedua iaitu hari ahad. pasukan perempuan meneruskan perjuangan dengan menentang pasukan kolej 5 untuk memastikan terus mara ke separuh akhir. syukur ke hadrat Illahi, kami telah berjaya menunaikan janji untuk bermain 3 game pada hari tersebut.
kemaaraan merrebut juara bersama2 diperjuangkan dengan pasukan lelaki. pasukan lelaki perlu bertemu dengan pasukan kolej ke-6 untuk sampai ke puncak kejuaraan. target masuk ke akhir telah tercapain seterusnya mereka akan berlawan dengan pasukan kolej 5. juara bertahan terus unggul dalam sukan bola baling ini iaitu menang sebanyak 5-1 menjadikan pasukan 5 muncul sekali lagi sebagai johan n kolej 8 sekali lagi menjadi naib johan
while pasukan perempuan pula berhempas pulas umtuk melayakkan diri masuk ke akhir tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan kolej 8 ketika menentang kolej 12 dalam separuh akhir. kekalahan tipis 1-0 itu menyemarakkan semangat kami kerana telah berjaya membuat pasukan kolej 12 bertungkus-lumus untuk mendapat gol. penjaga gol memang terbaik. penentu tempat ke-3 n 4 pula, berjumpa kembali pasukan kolej ke-11 yang menjadi juara kumpulan C, malangnya kekalahan 6-1 tidak melayakkan kami mendapat tempat ke-3.
apa2 pun semangat kesukanan terus tertanam dalam jiwa kami. tahun depan mantapkan latihan teruskan usaha. 8th kolej hungga! hungga! hungga!
p/s: pic lmbt2 ckit bru upload k.. lau nk cpat tgk2 je kt face book.. huhu ~_^
1. Watch the sunset together. 2. Whisper to each other. 3. Cook for each other. 4. Walk in the rain. 5. Hold hands 6. Buy gifts for each other. 7. Roses. 8. Find out their favorite cologne/perfume and wear it every time you're together. 9. Go for a long walk down the beach at midnight. 10. Write poetry for each other. 11. Hugs are the universal medicine. 12. Say I love you, only when you mean it and make sure they know you mean it. 13. Give random gifts of flowers/candy/poetry etc. 14. Tell her that she's the only girl you ever want. Don't lie! 15. Spend every second possible together. 16. Look into each other's eyes. 17. Very lightly push up her chin, look into her eyes, tell her you love her, and kiss her lightly. 18. When in public, only flirt with each other. 19. Put love notes in their pockets when they aren't looking. 20. Buy her a ring. 21. Sing to each other. 22. Always hold her around her hips/sides. 23. Take her to dinner and do the dinner for two deal. 24. Spaghetti? (Ever see Lady and the Tramp?) 25. Hold her hand, stare into her eyes, kiss her hand and then put it over your heart. 26. Dance together. 27. I love the way a girl looks right after she's fallen asleep with her head in my lap. 28. Do cute things like write I love you in a note so that they have to look in a mirror to read it. 29. Make excuses to call them every 5 minutes 30. Even if you are really busy doing something, go out of your way to call and say I love you. 31. Call from your vacation spot to tell them you were thinking about them. 32. Remember your dreams and tell her about them. 34. Tell each other your most sacred secrets/fears. 35. Be Prince Charming to her parents. 36. Brush her hair out of her face for her. 37. Hang out with his/her friends. 38. Go to mosque/pray/worship together. 39. Take her to see a romantic movie and remember the parts she liked. 40. Learn from each other and don't make the same mistake twice. 41. Describe the joy you feel just to be with him/her. 42. Make sacrifices for each other. 43. Really love each other, or don't stay together. 44. Let there never be a second during any given day that you aren't thinking about them, and make sure they know it. 45. Love yourself before you love anyone else. 46. Learn to say sweet things in foreign languages. 47. Dedicate songs to them on the radio. 48. Fall asleep on the phone with each other. 49. Stand up for them when someone talks trash. 50. Never forget the kiss goodnight and always remember to say, "Sweet dreams."
Info : MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati . Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja. Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat). Hidung sebu a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. Bersin a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. Batuk a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong. b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanyakahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG. c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
KERONGKONG Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin. Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. Bibir pucat a. Sistem penghadaman yang lemah. b. Perut mengandungi angin. c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi. Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah . Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan. Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan. Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanyatapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT Peluh - Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik. - Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air. Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia. Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan. Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI Sendi Sakit i) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout). ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) . iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala: - Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. - Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain. Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. Muntah Darah: - Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong. - Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser. Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung. Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran. Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak. Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku. Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar. Sembilit: Membersihkan toksin dari usus kecil. Najis Berdarah: - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. - Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut. Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran. 1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf. 2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan. 3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan. 4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. Badan Terasa Berat/Malas/ Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI Rasa Takut Mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah. Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah. Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab: - Sistem jantung yang lemah. - Sistem saraf otak yang lemah. - Masalah pengaliran darah. Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.
Istimewanya Wanita :
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 thn).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
6 JENIS WANITA MALANG “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Syadaqah Wanita : banyak cakap tidak menentu lagi bising.
”Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli."
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejaki syurga. Jangan ingat hendak kawin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kawin itu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar itu yang tumpul. Pisau itu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak/belah dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas itu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala.
Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.... Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai? Bayangkan kamu adalah orang itu. Dan kamu masih hidup semasa otak kamu tengah mengalir masuk loji najis sungai langat.
Peranan Wanita- Menjana Generasi Terbilang
ISLAM adalah agama sempurna dan lengkap dengan segala pedoman dan panduan hidup untuk umat manusia sejagat. Ia menyediakan segala peraturan dan undang-undang yang menyeluruh dalam semua lapangan hidup untuk mengemudi perjalanan manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Salah satu aspek yang diberi perhatian serius oleh Islam ialah aspek wanita yang merupakan antara golongan manusia yang mendapat berbagai-bagai keistimewaan.
Wanita juga di antara makhluk yang diciptakan Allah untuk menemani kaum lelaki demi meneruskan kelangsungan hidup di pentas alam maya ini. Islam memuliakan wanita dengan pelbagai hak dan keistimewaan sebagaimana yang terdapat pada kaum lelaki dan makhluk-makhluk lain.
Sebelum kedatangan Islam, kaum wanita tidak mempunyai kedudukan, bahkan mereka juga tidak dipedulikan sama sekali. Mereka hanya berperanan menguruskan hal ehwal rumah tangga atau penerus keturunan manusia. Selain itu, mereka dijadikan sebagai kuli atau khadam oleh sesetengah bangsa dan ada juga bangsa yang menganggap kaum wanita sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Kadang-kadang wanita akan diwarisi secara turun temurun sebagai harta pusaka jika ayahnya tidak mempunyai anak lelaki.
Apabila Islam datang memancarkan sinarannya yang penuh keadilan di sebalik perutusan Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama kitab al-Quran yang jelas lagi terang, ia menghapuskan adat tradisi yang sesat dan budaya hidup yang menyeleweng di mana Islam mengutuk sesiapa yang bersedih dan berdukacita dengan kelahiran anak perempuan dan cuba membunuhnya dengan menanamkan bayi perempuan mereka hidup-hidup.
Dari sudut lain, Islam mengangkat wanita sebagai tenaga kerja yang berupaya memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dengan kemuliaan, kedudukan, kepentingan dan wawasannya dalam meneruskan kelangsungan hidup ini. Islam memberikan kepada wanita hak untuk hidup, hak menerima harta pusaka, hak mahar, hak nafkah, hak tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain hak seperti menuntut ilmu, hak pemilikan, hak jual beli, bekerja berdasarkan kepada kemampuannya di samping memelihara kehormatannya dan kewanitaannya.
Pendek kata, di bawah lembayung Islam wanita hidup dengan penuh kemuliaan dan penghormatan sebagai seorang ibu, isteri, anak, kakak, ibu saudara, nenek dan begitulah seterusnya .
Mulia
Seorang wanita akan menjadi mulia dan terhormat dengan perhiasan Islam yang mewarnai setiap detik kehidupannya. Dia akan menjadi seorang anak yang solehah lagi taat kepada kedua-dua ibu bapa, isteri yang taat kepada suami dan seorang hamba Allah yang bertakwa kepada Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Mana-mana isteri yang mati dan suaminya redha ke atasnya, maka dia akan masuk syurga. (Riwayat Tirmizi)
Meminjam kata-kata Syeikh Mahmud Syaltut dalam bukunya, Al-Islam Aqidah Wa Syariah yang menjelaskan bahawa al-Quran banyak membicarakan isu wanita lebih daripada 10 surah, di antaranya surah an-Nisa dan surah at-Talaq. Surah yang lainnya ialah surah al-Baqarah, al-Maidah, an-Nur, al-Ahzab, al-Mujadalah, al-Mumtahinah dan at-Tahrim.
Kesemuanya menunjukkan betapa perhatian yang sewajarnya diberikan tentang wanita dalam Islam, di mana kedudukan tersebut tidak pernah diberikan oleh mana-mana agama terdahulu dan juga mana-mana masyarakat yang dipatuhi oleh anggota masyarakat sesama mereka dan dijadikan perundangan dalam hidup mereka.
Pada hakikatnya, persoalan yang timbul tentang wanita bukanlah kerana menegakkan kebenaran atau menghapuskan kebatilan, sebaliknya ia didorong oleh asabiah perkauman atau asabiah keagamaan atau terpengaruh dengan budaya asing melalui cara mengharuskan sesuatu yang dipandang baik oleh kuasa besar, biarpun ia perkara yang mungkar lagi keji dan mengharamkan sesuatu yang dipandang baik oleh golongan yang lemah, biarpun ia merupakan perkara yang sememangnya baik lagi terpuji.
Inilah di antara punca yang menyebabkan manusia memandang baik apa yang dipandang baik dan juga memandang buruk apa yang dipandang buruk. Inilah juga arus feminisme barat yang sedang membadai di pentas kehidupan ummah dewasa ini. Oleh itu, umat Islam sewajibnya berwaspada apabila berdepan dengan aliran feminisme barat tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan menggugah keharmonian masyarakat Islam selama ini.
Barangkali inilah maksud amaran Rasulullah s.a.w. kepada umatnya sebagaimana terungkap dalam sebuah hadis baginda s.a.w. yang bermaksud: Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki dari kalangan wanita. (Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan maksud hadis tersebut, dapat disimpulkan betapa wanita berupaya mendatangkan bahaya yang besar kepada sesebuah masyarakat. Wanita juga boleh menimbulkan permusuhan dan peperangan antara satu bangsa dengan bangsa lain. Malah wanita berupaya mendorong seseorang lelaki untuk melakukan perkara-perkara haram yang ditegah Allah. Demikianlah betapa besarnya fitnah yang dibawa oleh wanita jika mereka tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ini kerana Islam sememangnya memelihara maruah wanita dan menjaga mereka daripada terjerumus dalam kancah fitnah yang besar tersebut.
Perlu diinsafi bahawa wanita juga adalah di antara punca utama kepada kehancuran sesuatu bangsa yang berdaulat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Berhati-hatilah kamu dengan wanita! Maka sesungguhnya fitnah yang pertama ditimpakan kepada Bani Israel berpunca daripada wanita. (Riwayat Muslim)
Menyelamatkan
Maka, tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa Islam yang diutuskan Allah itu datang untuk menyelamatkan kaum wanita daripada sebarang penindasan dan kezaliman dan seterusnya memelihara maruah mereka sebagai insan yang mempunyai kepentingan dan hak kewajipan di dunia ini, di samping mengembalikan keadilan yang sepatutnya dimiliki oleh mereka. Islam menegaskan bahawa lelaki dan wanita adalah sama di sisi Allah taala dari segi balasan pahala dan dosa, hak untuk hidup dan sebagainya.
Ciri-ciri perbezaannya antara lelaki dan wanita cuma berdasarkan fizikalnya dan peranan yang terpikul di setiap bahu masing-masing. Sehubungan itu, Allah berfirman maksudnya: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain. (Ali Imran : 195)
Jelas di sini bahawa peranan wanita yang sebenarnya bukan sekadar melahirkan generasi baru yang bakal mewarisi kesinambungan tamadun manusia, bahkan wanita bertanggungjawab sepenuhnya membina generasi baru, mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi generasi yang produktif dan bermanfaat kepada masyarakat di samping sebagai generasi yang bertakwa kepada Allah. Pendek kata, wanitalah yang sebenarnya pembina dan penjana generasi baru yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.
bertemu kembali kita dalam arena blog mera pada malam ini. diam tak diam, kita sudah pun meninggalkan tahun 2009 dengan pelbagai kenangan suka duka pahit manis dikongsi bersama dan menjadi kenangan lalu. yang baik dijadikan kenangan indah, yang buruk dijadikan sebagai panduan dan teladan kerna yang tidak baik diperbaiki dan dikemas kini menjadi lebih baik pada tahun baru ini, 2010.
2010. satu tahun baru bakal ditempuhi. pelbagai dugaan rancah kehidupan dunia perlu dilaluinya. apakah cabaran dan dugaan ini mampu kita tempuhinya. adakah kita akan mengulangi kesilapan yang lalu pada tahun baru ini. apakah jalan terbaik untuk kita ambil sebagai pedoman dan sentiasa menjadi tunjuk arah kita ke jalan yang benar dan lurus. mampukah kita???? pada tahun 2010 inilah semuanya akan menjadikan diri kita lebih matang dan prihatin dengan keputusan atau tindak tanduk yang akan kita pilih kerna keputusan yang tetapkan menentukan tujuan kita yang kita mahu atau tidak.
adakah tahun 2010 ini memberi impak yang berkesan buat diri kita untuk lebih produktif dalam membuat keputusan yang bijak?? matangkah kita untuk memberi pedoman dalam apa jua situasi yang berlaku?? renung2kanlah.