Friday, January 8, 2010

8th...

bertemu kembali kita dalam arena blog mera pada malam ini. diam tak diam, kita sudah pun meninggalkan tahun 2009 dengan pelbagai kenangan suka duka pahit manis dikongsi bersama dan menjadi kenangan lalu.
yang baik dijadikan kenangan indah,
yang buruk dijadikan sebagai panduan dan teladan kerna yang tidak baik diperbaiki dan dikemas kini menjadi lebih baik pada tahun baru ini, 2010.

2010.
satu tahun baru bakal ditempuhi. pelbagai dugaan rancah kehidupan dunia perlu dilaluinya. apakah cabaran dan dugaan ini mampu kita tempuhinya. adakah kita akan mengulangi kesilapan yang lalu pada tahun baru ini. apakah jalan terbaik untuk kita ambil sebagai pedoman dan sentiasa menjadi tunjuk arah kita ke jalan yang benar dan lurus. mampukah kita????
pada tahun 2010 inilah semuanya akan menjadikan diri kita lebih matang dan prihatin dengan keputusan atau tindak tanduk yang akan kita pilih kerna keputusan yang tetapkan menentukan tujuan kita yang kita mahu atau tidak.

adakah tahun 2010 ini memberi impak yang berkesan buat diri kita untuk lebih produktif dalam membuat keputusan yang bijak??
matangkah kita untuk memberi pedoman dalam apa jua situasi yang berlaku??
renung2kanlah.

No comments: