Monday, January 25, 2010

~bola baling kolej kediaman kinabalu~

salam semua. pada 23 n 24hb yakni sabtu n ahad lepas, telah berlangsung 1 acara sukan, yang disenarai dalam acara SUKMUM. perlawanan bola baling telah diadakan di gelanggang bola baling, kolej kediaman dayasari. 12 kolej telah bertanding untuk merebut kejuaraan bola baling. pada hai sabtu perrlawan liga kumpulan bagi menentukan tempat johan dan naib johan kumpulan untuk melayakkan diri masuk ke suku akhir.

pasukan lelaki kk8 berada dalam kumpulan B bersama kolej 4, 7 n 9 sementara pasukan perempuan berada dalam kumpulan C bersama kolej 3, 4 n 11. pasukan lelaki telah berjaya menjadi johan kumpulan n terus mara ke separuh akhir. pasukan perempuan hanya mampu menjadi naib johan kumpulan n masuk ke suku akhir.

perlawanan suku akhir n terus ke akhir telah diadakan pada hari kedua iaitu hari ahad. pasukan perempuan meneruskan perjuangan dengan menentang pasukan kolej 5 untuk memastikan terus mara ke separuh akhir. syukur ke hadrat Illahi, kami telah berjaya menunaikan janji untuk bermain 3 game pada hari tersebut.

kemaaraan merrebut juara bersama2 diperjuangkan dengan pasukan lelaki. pasukan lelaki perlu bertemu dengan pasukan kolej ke-6 untuk sampai ke puncak kejuaraan. target masuk ke akhir telah tercapain seterusnya mereka akan berlawan dengan pasukan kolej 5. juara bertahan terus unggul dalam sukan bola baling ini iaitu menang sebanyak 5-1 menjadikan pasukan 5 muncul sekali lagi sebagai johan n kolej 8 sekali lagi menjadi naib johan

while pasukan perempuan pula berhempas pulas umtuk melayakkan diri masuk ke akhir tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan kolej 8 ketika menentang kolej 12 dalam separuh akhir. kekalahan tipis 1-0 itu menyemarakkan semangat kami kerana telah berjaya membuat pasukan kolej 12 bertungkus-lumus untuk mendapat gol. penjaga gol memang terbaik. penentu tempat ke-3 n 4 pula, berjumpa kembali pasukan kolej ke-11 yang menjadi juara kumpulan C, malangnya kekalahan 6-1 tidak melayakkan kami mendapat tempat ke-3.

apa2 pun semangat kesukanan terus tertanam dalam jiwa kami. tahun depan mantapkan latihan teruskan usaha. 8th kolej hungga! hungga! hungga!

p/s: pic lmbt2 ckit bru upload k.. lau nk cpat tgk2 je kt face book.. huhu ~_^

1 comment:

Leira Rose said...

hi meera.
surina ni.
my new link:
http://chewkimzhua.blogspot.com
thanks. :)