Saturday, December 26, 2009

semakin hampir...........

kem atlet akan berakhir esok.. maknanya ada beberapa jam lagi..
memang seronok diberi pelepasan 24 jam so meera dapat kuar gi amik mak kat Pudu ngan adik2 n cousin.. seronok dapat kuar ramai2 kan.. meera bertolak dari kolej kul 230 petang n sampai di Sogo terus mencari2 diorang ditingkat paling atas sogo.. huh tak sangka tinggi gak pasaraya Sogo ni ek.. hhuhu.. sebelum gi amik mak, kiteorang berkaeroke lu.. lepaskan keresahan yang melanda diri.. erm ada ke?? pe2 je la..

kul 4 lebih mak da sampai, tercari2 kat mana mak tunggu kami ni. padahal tak jauh mane dah ngan tempat yang kami tunggu tue.. huhuhu.. terus gi cari tempat makan isi perut coz da lapor benor..
time tue lak ujan turun so tertunda jap perjalanan balik ke Kg Nakhoda, Batu Caves.. tunggu dulu.. erm ujan renyai2 kiteorang cari bas Metro 11.. kami cuma perlu tunggu di depan Bangkok Bank je n tunggu bas 11 sampai.. nasib baik tak sesak lau tak mau pening ak kat lam bas nanti..

malamnya aku rehat secukup2nya coz tak wat ape2 pun.. sembang jap je ngan sedara mara.. penat punya pasal so tak ingat sape2 da.. huhuhu

esoknya aku da kena berangkat pulang tapi lewat gak.. tenkiu bang Bob antakan meera n teman mak gi beli tiket balik kulim.. tadi mak, adik2, mak andak n ain gerak balik damansara lak.. tidur umah kat sana lak.. home sweet home.. n meera balik kolej teruskan ngan kem atlet ni..

erm tak sabarnya nak balik.....

Tuesday, December 22, 2009

Kem Atlet KK8 2009

kem atlet bermula 21 sehinggalah 26hb Disember 2009.
Bertempat di Kolej Kediaman Kinabalu (KK8)
lebih kurang 100 atlet yang mendaftarkan diri dalam kem ni.
pada mulanya meera sebagai salah seorang peserta kem atlet ini, tetapi disaat2 akhir AJK kem ini telah menjemput meera tuk jadi AJK khas.. huhuhu.. so tak payah la nak ikut event yang dah dirancangkan itu.. erm bes gak tue.. cuma tengok n make sure semua peserta ikut arahan yang diberi.. hihihi..
meera diberi tugas menjaga sel 7 iaitu peserta pelbagai sukan. anak2 buah meera ada 10 orang sahaja.. ada 2 orang cina n yang selebihnya melayu la.. erm ada Chung Yuen, Yeo May May, Khairulanwar, Asraf, Syimir Afiq, Izzat, Faraliyana, Norsariha, Nurul Afizah n Nabila.
aturcara program setiap pagi sama je.. mula ngan sarapaan, senamrobik, jogging, fittness drill n latihan sukan.. petang lak ada LDK n latihan sukan. malamnya sambungan LDK n ada program2 tambahan.
time latihan sukan ni ar wat meera kurang seronok tapi seronok gak la.. coz 1 team sukan tue kebanyakannya atlet yang sama so kena pandai2 bahagi masa tuk training. tapi sepanjang 2 hari ni la, meera lebih tumpuan pada sukan meera dulu lo iaitu bola tampar. pagi tak ada orang ngat. so petang je dapat kumpul ramai2. hope petang ni gurls team akan turun ar. cian meera sorang2 je kena ngan team lelaki. hukhukhuk
erm skang ni ngah rest2 jap before sambung ngan LDK 2. erm telefon keramat. ada yang berminat ley lah turun petang ni kat dewan sri mutiara kk8.. huhuhu

p/s: kejutan otot menyebabkan badan cepat keletihan.. hahahaha tak cukup stamina n fittness ar ni.. chaiyok! chaiyok! meera n semua atlet yang terlibat..

Tuesday, December 15, 2009

pe2 Je Lah..

pagi semua
ari nie meera akan balik rumah
seronoknya hatiku
tak terasa seperti cuti semester je
coz cuti dipadatkan ngan cam2 aktiviti
uweks (^_~)
ada2 je meera nie ek
huhuhu

kemas2 barang
adoi banyak gAlign Centerak barang meera ni
nak wat balik rasa cam nak guna je
so simpan je kat lam beg
padahal tak pakai sangat pun barang2 tue..
tak patut2
-------------------------------------------------
pe ye yang meera nak share kat kamu semua eh
actually meera balik rumah coz ada sebab munasababnya
1st - nak jumpa ngan mak lor
2nd - rindu masakan mak
3rd - rasa cam lame ngat tak tidu kat rumah huhu
4rd - pergi kenduri kahwin senior meera..
5th- nak jumpa ngan pengarah muda (lame tak jumpa ngan die (>_<))

tue ar sebab2 nape meera nak balik rumah sangat.. huhuhu
---------------------------------------------------
cam besa ar.. beli tiket on the spot je.. kali nie balik tak sorang2 coz meera balik bersama2 kak dilla, wani, farah n fuad..
diorang pun nak pergi kenduri kak aina tue..
esok kami berkonvoi ramai2 gi kenduri
semoga berbahagia ye akak..
-----------------------------------------------------
^_^

Monday, December 14, 2009

salam semua
selamat pagi dunia
bersyukur kerna ari ini dapat lagi meera menikmati pemandangan dunia
setelah memeriahkan kat Mid Valley
terbalas sudah kepenatan semalam dengan tidur secukupnya
hahaha
pagi cuma saja2 nak tep2
ikut perancangan awal ari ni da start kem feseni
malangnya atas sebab2 tertentu telah ditunda
dapat ar rest jap tuk minggu nie
ikutkan tak nak balik rumah just nak stay kat damansara je
tengok2 ad lak akak2 ni nak balik utara
meera rasa cam nak ikut je
maybe esok pr lusa kami balik
tapi ari ni meera nak balik damansara lu gie tengok adik2 ku
n kemas barang2 yang tertinggal kat umah sana..
erm kul bape nak kuar ek..
enta lor
tapi pagi nie meera nak gerak da ar
hahhahhaha
lau balik dapat jumpa ngan mak
n bagi kad mak ni.. huhu
n lau ada chance jumpa pengarah muda pun tak pe
lagipun ada barang yang lum dia bagi lagi lor kat meera
da ar meera sangat3 memerlukan benda itu sem depan
nak beli len rase cam tak cukup bajet
hahaha
udah2 la lue..
wassalam

haPPeNinG

salam pada semua kengkawan
semalam tugas meera sebagai sorang sukarelawan da selesai
bermula dengan tugas sukarelawan Debat Piala Diraja 2009
bersambung pula dengan tugas sukarelawan Sukan Tahunan AADK 2009
walaupun tugas sukarelawan tuk AADK tidak memenatkan
tapi kerna kesukarelawan kami inilah telah merapatkan lagi ikatan ukhwah antara penghuni kolej yang lain
pelbagai suka duka kerenah ragam dapat dikongsi bersama
macam2 dugaan feel kerenah orang ditangani bersama
semuanya dilakukan bersama
seperti keluarga besar

semalam. hari ahad
merupakan hari kemuncak sukan tahunan AADK
larian anti-dadah dijalankan
semua kontijen negeri mengambil bahagian
acara bermula dan berakhir di kolam renang
melalui pusat sukan padang bola API bukit cinta
kolej kediaman 10 8 7 3 jabatan sains kimia
pusat asasi tanaman biotik kole kediaman 12 5 11
dan akhir sekali di pusat sukan kolam renang
walaupun perempuan dilepaskan dahulu untuk berlari
tapi telah menjadi lumrah lelaki yang sampai di garisan penamat
hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berlari sejauh 6km

larian berakhir diserikan lagi dengan persembahan
ATM gerakan tempur tanpa senjata
seni mempertahankan diri yang digunakan untuk berlawan dengan pihak musuh
walaupun semuanya teruja melihat persembahan tersebut
meera tak menyaksikan semuanya kerana ngeri melihat persembahan yang dipersembahkan
part persembahan tumbuk menumbuk pukul memukul dan lain2
meera memang kurang menggemarinya
hukhuk

persembahan tamat
acara penutup sukan tahunan AADK diadakan dalam dewan serbaguna pusat sukan
semua kontijen tak sabar2 menunggu keputusan siapakah juara pada tahun 2009 ini
selesai acara pemberian hadiah
acara kemuncak iaitu mengumumkan ranking kontijen dengan pungutan pingat
nampaknya kontijen ibu pejabat yang mengungguli sukan tahunan 2009 ini
tapi kemenangan yang dikecapi kontijen ibu pejabat tidak mendapat sambutan
hahaha
enta mengapa lor.. seakan2 tidak merestuinya
pe pun semangat kesukanan itu yang lebih penting
melalui acara sukan tahunan inilah dapat mengumpulkan kontijen seluruh malaysia turun padang
dan merapatkan lagi ukhwah dan bertanya khabar
tahun hadapan cuba lagi
hahaha

petang merehatkan diri dalam bilik
malam acara kemuncak untuk sukarelawan2 KK8
semua gurlz naik unser yang dipandu oleh Faiz
yang laki lain naik motor je la
menuju ke destinasi Mid Valley
menonton wayang tengah malam
mengisi masa terluang
gan makan beramai2 kat McD bawah
pas tue merestkan diri dengan game2
pas tue main bowling jap
lastly kemuncaknya Santau
~Dengki Sampai Mati~
seram dan turut diselitkan adegan komedi

bis movie balik kolej lor
terus tido

Friday, December 11, 2009

SukaReLawaN AADK

10 - 13hb Disember 2009
Penginapan : Kolej Kediaman Kinabalu (8)
&
Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (10)
Peserta : Kontijen2 sukan AADK seluruh Malaysia
sukarelawan : 29 orang
Acara Sukan : 12
Bola Sepak
Bola Tampar
Bola Jaring
Sepak Takraw
Badminton
Ping Pong
Bowling
Golf
Catur
Dart
Carom
Larian Anti Dadah
-----------------------------------------------------------
esok pagi bermula ar tugas2 sebagai sukarelawan. meera ditugaskan dibahagian seketariat. nampak cam tak da keje tapi meera rasa2 ar akan banyak keje nanti.
so kena tunggu esok je ar..

sukarelawan debat da selesai. sambung tugas tuk AADK
tapi tugas kali ini tak sesibuk menguruskan debat bahasa arab yang lepas..
pe pun meera enjoy it..
(^_~)


Wednesday, December 2, 2009

Entry Disember

salam n selamat pagi semua
bertemu kembali dalam arena mera
bisikan hati waktu pagi
memanggil jari-jemari untuk berkongsi bersama kamu semua
topik kita pada pagi ini adalah
hari raya korban

kat rumah korang wat korban ke???
mera tak da ye
kat rumah2 jiran ada ar
n tentu sekali d masjid wat korban
cuma mera je tak berkesempatan nak g

taun nie kat rumah mera tak masak special pun
coz da tau tak ramai yang nak mai
malangnya jangkaan kami ni meleset
berderet kawan2 adik mera datang ke rumah
nasib baik ada wat juadah cikit
so jamu ar ngan juadah yang enak dan lazat kat kawan2 adik mera

sapakah yang datang itu???
erm korang mesti da dapat agak kot sapa
mesti ar kawan2 adik kembar setahun mera tue
bis je semayang raya
da dengar orang bagi salam n panggil nama adik2ku

mera n family tak beraya pun ngan sedara2 belah mak
kononnya diorang wat korban kat umah acik adon d seremban
mesti meriah semua dapat berkumpul lagi selepas raya puasa
tak pa la
ada masa
cukup bajet
ad transport sendiri
mera n family n gerak ke sana
baru seronok lau nak berkonvoi raya
pusing 1 johor
huhuhu

itulah raya korban mera taun ni
just stay at home
layan tv
layan tetamu yang datang
tolong mak

n tunggu masa nak balik UM (29.12.09)
with my sister iena, ecah n umie
cuti2 kt rumah mak andak
d syeksen 8 kota damansara
la ada kelapangan diorang akan
g k kg nakhoda ulu yam
rumah sedar2 mak
acik atan, acik meli, mak uda, n pak su

p/s : enta pe la yg mera citer ni eh..

Sunday, November 22, 2009

pameran malapetaka bom atom

mera berkesempatan meluangkan masa untuk pergi ke satu tempat
tempat nie tak jauh pun ngan diri mera yang stay kat UM ni..
just naik sampai kat stesen bas
pas tue jalan kaki
melalui fakulti pendidikan, fakulti ekonomi & pentadbiran, sebelahnya perpustakaan peringatan Za'aba, n terus merndaki bukit kecil sampai ar tempat yang dituju
actually ajakan spontan roomate meera
afin yang teringin sangat nak gi melawat pameran yang diadakan di
Muzium Seni Asia tue
kami bernasib baik coz ari Sabtu still buka
only meera, afin, n kak oya (kak suryana)
kami tengok pameran tentang pengeboman atom d Hiroshima n Nagasaki
pelbagai artifak dapat dilihat kesan daripada bom atom tue..
sungguh tragis
turut disediakan pada para pengunjung untuk menulis mesej keamanan
n membuat origami burung
malangnya mera, afin, kak oya tak dapat nak join wat burung tue
hukhuk
kertas da bis lo
huhu
hope enjoy ngan pic kat bawah ni
lau kecik tue sorry ye
saja tak mo tunjuk jelas
kuikuikui








Mohd Qayyum


Mohd Qayyum Bin Ab Malik
nama yang akan diletakkan jika dapat anak lelaki
actually kisah nie dah lama pun
baru sekarang mera kesempatan nak gitau kat kamu

rasanya ada yang dah tau n yang lum tau tue
kamu cari sendiri la ye nape
huhuhu
setelah ayah mera berkahwin lain ngan seorang gurl lain
mak cik tue tak jauh pun ngan kami ni

sekarang ayah ngan mak cik tinggal d salah satu Felda d Johor
malas nak spesifik nanti mesti korang dapat tau
hahhaa

pada awal tahun 2009
ayah telah dikurniakan ngan anak lelaki
ayah sangat2 gembira ngan kelahiran bayi lelaki tue
termakbul doa ayah untuk mendapat anak lelaki
lalu diletakkan nama anaknya
Mohd Qayyum

dari semasa ke semasa ayah akan cerita perkembangan Qayyum
ayah cakap yang perangainya sama cam kami ni time kecik2 dulu
ye ke..
erm mera n adik2 tak berkesempatan nak tengok pun
enta bila masa ye tuk jumpa lagi ngan ayah, mak cik n adik baruku tue..

baru2 ni time raya puasa, kuarga mak berkumpul di kampung
kuarga kami je yang tak berkesampaian ke sana
kekangan bajet lor
so kakak mak, mak andak telah pergi melawat nenek sekaligus melihat family ayah
sepupuku cerita ar yang adikku tue, comey cuma satu je perangai die
die tak berapa nak lekat sangat ngan perempuan
orang laki ok lor
tapi sorang je gurl yang die suka iaitu ain, my cousin, anak mak andak
diorang pun snap ar beberapa pic ngan Qayyum
so nie ar die Mohd Qayyum
my little one younger brother...


22112009

pe yang special ngan tarikh nie ye???
tarikh keramat apakah ini????
besday meera ke??
besday mak ke???
besday ayah ke???
besday atie ke???
besday liena ke???
besday ecah ke???
besday umie ke???
besday qayyum ke??
besday pengarah muda ke???
besday mak pengarah muda ke???
semuanya tak berkaitan pun ngan tarikh nie??
bis tue apa ye???

the answer is its just only a date..
hahahaha
22 nov 2009
bersamaan hari ahad..
(~_^)
lalalalla

hukhukhuk
sorry ya kawan2
bila mera mula nak meraban ni, idea merapu da kuar ar..
hahahahahaha

p/s: mera rasa gembira ngat coz akhirnya termakbul gak hajat niat hatiku nak jumpa ngan pengarah muda..
tangki U..
huhuhu

gotong royong

salam everybody.. huhhuhu.. bertemu kita lagi dalam segmen bicara hati.. wah cam tajuk novel pun adakan.. hihihi.. saat ini cuaca di rumah meera redup dan hujan renyai2 mula membasahi kawasan taman sena, labu besar, kulim.. tapi tak tau ar area berdekatan nie ujan or tak. hope cerah2 je.. ok2 kembali pada topik meera pagi ni..

actually, meera cuma nak khabarkan pe yang mera wat n berlaku sekitar rumah mera ari ni.. ari ni 22 nov tepat jam 700 pagi semua penduduk berkumpul di dewan orang ramai, taman sena tapi mera tak pergi cuma orang2 lelaki je lebih diutamakan untuk pergi.. ari ni akan diadakan program gotong royong kawasan taman sena 2009. program nie d adakan coz pada beberapa minggu yang lepas, hujan telah turun tak henti2 n menyebabkan hampir2 saja keseluruhan kawasan taman sena ni mengalami banjir. menurut laporan adik mera, atie, die gitau ari tue masa time ujan turun lebat tak benti2, umah kita nyaris nak masuk air tapi nasib baik je, air cuma paras buku lali kaki je.. huhu.. so disebabkan nie lah JKKK taman sena bekerjasama membanting tulang 4 kerat membersihkan kawasan taman terutamanya sistem perparitan. laluan parit yang tersumbat merupakan punca utama nape air boleh naik.. huhu..

tempat gotong royong telah dibahagikan kepada 6 kawasan. rumah mera berada d zon 1.. walaupun tak join ngan yang lain tapi mera sekeluarga tidak melepaskan peluang tuk berkemas2 kat rumah.. hehehhe.. ramai2 baru seronok kemas rumah ni.. selesai saje gotong royong,majlis perasmian diadakan di dewan orang ramai dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Kariah Masjid Labu Besar dan seterusnya taklimat program gotong royong oleh Ketua Bahagian Kesihatan, MPKK. aktiviti lain juga turut disajikan untuk halwa telinga tontonan umum penduduk taman dengan persembahan tomoi. adik2 yang membuat persembahan tomoi ini akan mewakili bahagian bagan sena untuk acara tomoi d Guar Chempedak yang akan berlangsung nanti.. huhu.. lupa lor tarikhye bile.. dengar tak dengar je tadi mc gitau.. majlis tadi diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.. sampah tiada, denggi tiada, banjir pun dapat diatasi.. hahhaha


Friday, November 20, 2009

bila meera da ad kat rumah...

semalam tepat kul 3 00 petang meera n adik sampai kat stesen bas Kulim
atie n pak cik mie yang amik kami d sana
fuh memang berbaloi meera balik kali nie
pe tak ye dapat gak mengangkut semua barang2 yang meera
tak nak guna n pakai dah tuk sem depan
tapi sem depan akan meera bawa barang baru
huhuhu

bila dah ada kat umah
seperti telah terjadual je arena tugas2 meera kat umah
besa ar bila anak dara da pulang ke rumah
mesti ar tugas2 yang selalu dibuat oleh mak akan beralih arah
sapa lagi lau bukan anaknya yang jauh diperantauan ni
hahahhaha
bila semua anak2 da berkumpul lam rumah
so telah dibahagikan tugas masing2
cakap je bahagi tugas tapi yang tul2 wat kerja tue sorang je
hukhukhuk
sabar je la bila cuti semester bermula ni

cuti sem ni mera tak dapat cuti lama kat rumah
coz mera ad join bape event kat um
1st : sukarelawan debat
2nd : kem feseni
3rd : kem atlet
aktif tul (ceh riak lak mera ni)

malam ni membuatkan hati mera sangat2 girang coz
mera dapat jumpa ngan pengarah muda
seronoknya hatiku
dapat berjumpa ngan die
setelah 4 bulan kami membizikan diri
ngan kuliah. kelas, tutorial, asemen n hal2 berkaitan
akhirnya pernantian kami berakhir
kemanakah kami akan pergi kuar ye???
nanti2lah meera gitau eh
k2 udah2 ar lu
nanti citer len

p/s : dapat on9 jap coz guna broadband member atie, so amik kesempatan ar tinjau2 kamu semua kat cini.. hihihihi

Thursday, November 19, 2009

i'm Go BacK...

semalam merupakan hari terakhir meera amik exam tuk sem nie.. paper penterjemahan.. uish.. alhamdulillah, meera dapat menjawab sebaik mungkin. perhaps my lecture will give a good marks.. huhuhu.. hope so.
========================================
actually meera baru je selesai mengemas barang2 meera nie. besa ar bila bis je exam, semuaye bercuti. tak kan nak biarkan barang2 kite terbiar selama sebulan ni ek. pihak kolej tidak membenarkan penghuni kolej tinggalkan barang dalam bilik walaupun ada yang tak mematuhinya.. kuikui.. incudes me.. ~_^ sungguh meera tak sangka tapi memang da menjangkakan bahawa barang2 meera nie banyak. dan tadi telah terjawab persoalan dalam pikiran meera.. hahaha.. dapat loker kecik, ingatkan barang cikit.. tapi.... ish2 da ley ganti poket doeramon.. cam2 ada lam loker meera ni.. semput gak dok asing2, lipat2, susun2 mana yang boleh n mana yang tak mo pakai or guna dah.. bis sem ni, sem baru ngan imej yang baru lor.. huhu tapi meera nak berubah ke??? lau ke arah kebaikan baguih tue tapi lau rase tak elok bek tak yah kan.. balik umah sem ni tak keseorangan.. bukan meera wak bakal menantu tunjuk kat mak tapi.... adik mera ada kat cini gak so dapat ar mera mengangkut banyak2 barang yang mera nak wak balik.. hihihi cam ne adik mera ada kat cini.. erm??? datang sendiri lor.. adik mera yang no 3 tue liena da bis exam PMR so amik kesempatan cuti2 kat umah mak sedara mera kat damansara tue. ala rumah yang selalu pergi bila tak balik umah or boring2 kat kolej.. erm petang tadi sepupu mera antar die ke cini.. ikutkan nak suruh my cousin antarkan kat pudu tapi die kerja tak ley nak cuti.. hukhuk.. tak dapat nak jumpa ngan cousin meera yang meera sayang ni.. next sem je ar jumpa.. ajak raya kat kedah tak mo.. huhuhu.. melalut je pagi2 hening ni...
========================================
semangat balik kampung berkobar2.. oo balik kampung oo balik kampung.. hati girang.. sapa tak girang bila dapat jumpa ngan mak n adik2 ku yang banyak celoteh n also someone special yang dah 4 bulan tak jumpa.. huhuhu.. last jumpa bila mera da masuk sem baru ni ar. sem 3 ni.. lama tul tak jumpa.. tapi dapatkah meera berjumpa ngan dia??? dapatkah dia menjemputku di stesen bas???? dapatkah kami kuar bersama2 nanti???? cam2 persoalan yang entahkan tidak terjawab.. tapi mungkin nanti satu saat itu kan tiba gak.. ceh ceh..
========================================
ok2 ar. ayat nak pot pet pot pet kat cini tak ada ar.. maybe dah dibawa angin kus kus terus menuju ke rumah halamanku.. hehehe.. merepek meraban dah meera ni.. hihihi.. chao chin chao.. sok d Pudu kul 10 pagi bas Mara Liner akan membawa meera n adik terus pulang ke kampung halaman.. semoga kami selamat di destinasi yang dituju..

Tuesday, November 17, 2009

BuDaYa

budaya ada 2 : budaya material n budaya non material.
budaya material = budaya kebendaan yang bersifat maujud n dapat dilihat dipegang oleh pancaindera manusia.
budaya non material = budaya bukan kebendaan yang bersifat abstrak berkait rapat dengan kerohanian.
contoh budaya material = pakaian, makanan, binatang, kenderaan, benda dan lain2 yang boleh dipegang oleh manusia.
contoh budaya non material = agama, istiadat, kepercayaan, sistem panggilan, sihir dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
masalah budaya dalam penterjemahan - apabila seseorang tidak dapat memahami langsung mengenai budaya latar kehidupan masyarakat dalam teks yang dikaji, maka penterjemahan yang disampaikan tidak dapat disampaikan dengan baik n akan berlaku perselisihan faham, pendapat, dan pandangan tidak kira dalam budaya bahasa sumber ataupun budaya bahasa penerima.

1. jarak linguistik dan budaya
- nilai sistem budaya dalam BM yang mempunyai 2 dimensi, tetapi tiada dalam BI.
- cth: penggunaan kata ganti nama diri ke-2 (kita / kami) tapi dalam BI (we)

2.konteks dalam bahasa sumber
- sangat penting untuk memahami budaya yang luas dalam mana2 warta sekalipun.
- makna dalam sesuatu suasana budaya perlu berhubung dengan budang yang lebh luas dalam pemikiran manusia.
- kadang2 konteks dalam bahasa sumber itu tidak dapat dikekalkan kerana makna yang kurang sesuai.

3. perbezaan budaya -
- dipengaruhi oleh faktor geografi, persekitaran, peradaban hidup, dan pengalaman sesebuah masyarakat.
- ciri2 yang ditekankan kebudayaan barat dan timur.

4. pembatasan budaya
- berpunca daripada perbezaan budaya dan keterbatasan beberapa unsur budaya sesebuah masyarakat.
- mempunyai pelbagai istilah bagi budaya Melayu tetapi BI hanya satu istilah untuk menggambarkan semua istilah tersebut.

5. peminjaman budaya
- apabila istilah tidak terdapat dalam bahasa sumber maka istilah yang khusus satu lawan satu bagi padankan konsep tersebut.
- dilakukan secara keseluruhan dengan meminjam unsur budaya dan dipadankan dengan kata dalam BM

6. konotasi budaya
- aspek makna yang melibatkan sikap, emosi, penyampaian, dan tindak balas emosi penerima.
- juga boleh meliputi mana2 perkataan, frasa, ungkapan, dan ayat yang mempunyai konotasi tersendiri dalam sesebuah masyarakat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pendekatan penterjemahan ada 2 : penterjemahan secara langsung dan penterjemahan secara tak lansung
secara langsung = harfiah, literal, semantik, relevans, formal
secara tak langsung = dinamisme, komunikatif, bebas, idiomatik
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tugasan : aspek budaya dalam buku Harry Potter and The Prisoner of Azkaban.
group : meera, stacey, joyner, surina, n zarina

tutorial =
larasa kreatif : The Big Great Dog, When The Toys Walked Home, The Spotted Cow, The Magic Wash-Tub, The Enchanted Shoe Lace
laras sains : Bionic Eyes, Was Galileo Wrong, Electric Nose, Glass From Space, Flying Into The Future.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
inilah yang meera pelajari tuk paper penterjemahan. ada banyak lagi tapi yang ni lau masuk lam exam memang seronok ni nak karang. huhuhu.. hope dapat score paper Dr Puteri. lalalala ^_^

Come On GurL

where is my study mood?
why i cant stay fokus to study last paper for tomorrow?
why i cant remember the notes today?
why this time i must feel it?
why? why? why?
maybe i feel so excited to go home or
i'm jelous for those has done their exam
huhuhu
no ameera!!!!
u can't like that
come on wake up
tomorrow its ur last paper for this sem
on 130pm u can enjoy as much u want it.. haha
(nothing to do when i've bored)
tomorrow paper penterjemahan BM.
1130 am at DTC
all the best meera n fellows frens who takes this subject.
----------------------------------------------------------------
p/s: bile hatiku mula gundah gulana n tak ley nak fokus pada malam ini. (",)

Sunday, November 15, 2009

PeNeraNg HaTi

Allah humma nauwarr qolbi binuuri hidaayatika kamaa nauwarr tallarda binuurishamshika abadann abadann birrohmatika ya arrahmall rohimiin

YaAllah terangilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan cahaya matahari-Mu buat selama-lamanya, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Saturday, November 14, 2009

KengKawan2ku

teringat kembali detik2 suka duka kita bersama2 kita tempohi
walaupun macam2 dugaan melanda kita tetap bersama sehingga kini
jauh dimata tapi dekat dihati
dirimu masih ku kenang hingga kini
bermula perkenalan kita dari 2 sek rendah yang berbeza
memasuki alam sek menengah yang sama
1 asrama 1 kelas yang sama
(cuma meera, diela n iena je yg kekal stay hostel dr form 1 - 5)
cuma terpisah sebentar form 4 n 5
coz hanya diriku sebagai pelajar sains
n yang lain dalam kelas teknik akaun
tapi still sama dalam 1 subjek (kelas PJ)
hubungan kita masih kekal sehingga kini
apabila kita melanjutkan diri dalam dunia Pra-U
kita terpilih dalam jurusan yang sama
dan sekelas
kita juga bersama2 meluangkan masa untuk menjaga koop sek
diriku n shana diberi jawatan sebagai pengawas sek
walaupun sibuk kita tetap ada masa bersama
setelah keluar keputusan STPM
disinilah kita diuji kerana
perlu berpisah untuk mencapai cita2
diriku d UM - Pengajian Melayu
adiela d UPM - pembangunan sumber manusia
zarina d USM - sosial kemasyarakatan
shahana d USM - kewartawanan
ain lak nasib tidak menyebelahinya
sungguhpun begitu, kami tetap berhubung
tidak kira sms, telefon, YM, frenster, facebook, blogger n seangkatannya
hanya tika cuti semester kita kumpul bersama2
menetapkan masa tuk berjumpa antara satu sama lain
mahupun untuk berjumpa ngan para guru
sungguh ku rindukan tika dan saat itu
kengkawanku hanya ingatan n doa
mengiringi korang.
with luv n mis u all!!!
---------------------------------------------------------------------------
inilah KAMI time ni kami tengah cuti semester tahun lepas so berkesempatan datang melawat sekolah n guru2 kesayangan kami.
sampai tak cukup masa tuk berjumpa ngan semua guru yang telah atau tidak mengajar.
nak cakap famous tue nanti riak lak..
tapi itulah realitinya memang kami cukup dikenali di sekolah
dari kiri:
zarina, meera, shahana, adiela, n ain
comey2 kan kami ni..
salah seorang dari kami sudah pun terikat bukan kena ikat ape
sudah bertunang je
yang lain tue ada yang da berpunya n ada yang lum
ada sape2 ley rekemenkan calon2
tuk kawan2 meera yang still single available ni..
huhuhu




--------------------------------------------------------------------------------
bergambar bersama kami ni ialah ayahanda kami kelas form 6 B2 N A2.
form 6 cuma ada 2 kelas je kat sek meera so kami kelas kedua ar.
ayahanda kami namannya En Zaini Yaakob..
sebarang masalah n gosip2 dikongsi bersama2..
hahhahaha
kiri: iena, ain, cg zaini, meera, diela


DeBat PiaLa DiraJa 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Debat Universiti2 Malaysia telah memilih Universiti Malaya (UM) sebagai tuan rumah bagi pertandingan Debat Piala Diraja kali ke-133 - 8 Disember 2009. Sehubungan itu, sukacita melantik saudari sebagai Sukarelawan Pertandingan Debat Piala Diraja 2009. Adalah menjadi harapan kami supaya saudari yang telah dilantik ini dapat menjalankan tugas masing2 dengan cemerlang bagi memastikan kejayaan debat yang berprestij ini.
---------------------------------------------------------------------
berikut adalah maklumat mengenai majlis debat untuk makluman dan rujukan:
yang akan diadakan pada
sukarelawan Bahasa Melayu. [120].
penginapan kk3 (Tunku Kursiah)
===========================
sukarelawan Bahasa Inggeris. [30].
penginapan kk4 (Bestari)
===========================
sukarelawan Bahasa Arab. [50].
penginapan kk1 (Tunku Abdul Rahman)
===========================
sukarelawan sentral. [50].
penginapan kk1 (Tunku Abdul Rahman)
=============================
sila lapor diri pada 30 Nov 2009 (Isnin)
----------------------------------------------------------------------
inilah antara salah satu aktiviti yang meera join time cuti sem ni. orang lain seronok bercuti di rumah tapi meera lak tak lekat kat rumah kerana kerelaan hatiku untuk melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian.. pas raya terus datang UM. maybe ada taklimat ringkas n penyerahan tugas secara details kepada setiap sukarelawan2 ini. apa taknya lau tak silap sorang sukarelawan akan menjaga 1 team. so bih kurang cam ni ar gambarannya. meera akan menjaga team debat bahasa Melayu UM. so dari awal sampai abis ar meera kena make sure team ini akan berada di tempat pertandingan, sediakan makanan, tunjukkan arah n sebagainya.. jadi runner.. lau team yang dijaga kalah awal ,kami perlu membantu sukarelawan setral lak. n seterusnya.. enta dapat or tidak ar meera melakukannya.. hope can do it the best for that. mula2 sukarelawan dari kk8 akan menjaga dak2 debat bahasa arab, tapi tak da kita ditukarkan menjadi sukarelawan tuk debat bahasa Melayu so nanti meera kena check in kat kk3 ar.. enta cam ne la suasana d kk3 nanti. abis sukarelawan debat, seminggu lepas tue meera ada 2 kem kat kolej kinabalu. kem ape agak2 korang ye??????

PenterJemaHan Bahasa Melayu

JBEA2308
Penterjemahan Bahasa Melayu
(3 jam kredit)
Selasa / 300 - 500 petang / Dewan Kuliah Tanjung
Isnin / 400 - 500 petang / Bilik Seminar Cengkih
Profesor Madya Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid
---------------------------------------------------------
18 Nov 2009
Rabu
1130 pagi
Dewan Tunku Canseler (DTC)
--------------------------------------------------------
kepada semua calon yang mengambil subjek ini selamat maju jaya. fahami konsep dan lakukan latihan bahan tutorial.
(ceh cm Dr Putri yg bagi nasihat n semangat tuk student die lak)
all the best my fellow friends

SeNi BiNa & RaGaM HiaS MeLaYu..

JFEA2315
Seni Bina & Ragam Hias Melayu
En Mohammad Nazzri Ahmad
Bilik Seminar Bakawali
16 orang pelajar
-----------------------------------------------------
* memperkenalkan beberapa jenis seni bina Melayu
* kenali, fahami, dan menilai seni bina dan ragam hias Melayu kepada binaan : rumah, istana, masjid, dan seangkatannya
* menilai bentuk binaan dari segi fungsi dan estetika, konteks simbolisme, keindahan dan falasafah Melayu
--------------------------------------------
setelah 14 minggu kuliah (tapi tak sampai pun):
* mera dapat mengenali dengan lebih terperinci bentuk dan susun atur ruang dan fungsi2nya, sebab munasab diatur sebegitu
* selain itu, meera dapat ketahui motif2 dan ukiran yang terukir pada seni bina sesebuah bangunan tersebut.
* kajian lapangan dilakukan dapat memantapkan pemahaman mera tentang keindahan n fungsinya pada sesebuah bangunan.
--------------------------------------------
16 Nov 2009
Isnin
830 pagi
Bangunan Peperiksaan Aras 2
lakukan yang terbaik tuk paper ni.. chaiyok! chaiyok!
------------------------------------------


MaSa TuK KeMasKiNi....

selamat pagi semua.. da bangun lum ni.. hukhuk.. bangun! bangun! jom jalan2 tengok keindahan alam panorama sekitar kolej kinabalu ni.. hehehe.. tadi g breakfast pas tue tengok citer paveret meera, kekaishi.. huhuhu(jiwa kartun).. semalam da ad member2 seangkatan di UM ni da abis exam.. wawa da bis exam so ari ni da mula penuh stesen2 bas utama sekitar KL ni, budak2 U balik ke kampung halaman.. jeles meera.. hukhuk.. tak pe2 minggu depan time mera lak balik umah.. hope tak sesak sangat ar time tue..

sekitar kul 8 pagi tadi, meera call mak.. windu nak dengar suara mak n adik2 kembar setahunku tue.. umie dok taye bile akak ni nak balik.. ecah lak lau tak suh akakye ni beli ape2 tak sah.. huhuhu miz them so much.. muah2. gitau kat mak nak balik minggu depan.. antara khamis (19) or jumaat(20).. cian kat mak tak da orang tolong die kemas2 umah.. dapat meera bayangkan bagaimana suasana kat umah tue time sekarang ni.. hukhuk.. nak arap kat atie sorang tue.. erm alamat tunggu buah durian gugur yang tak bermusim.. (ape ke benda meraban ni).. hihi.. hanya mera n kuarga je tau cam ne atie lu lau suh masuk bab kemas-mengemas ni.. sorry yok kutuk hang.. hehhee bukan selalu nak kena.. ok2.. pas tue mak gitau g taye kat liena lu sama ada nak ikut akakye balik umah or nak raya kat KL ni.. g pun meera balik cuti tak lama.. pas raya aji nak kena datang UM balik.. sebab pe eh. rindukan kolej ke or nak kena jaga kolej cuti ni.. hihihi.. tak da ar meera join 1 event tue yang memerlukan sukarelawan2 cam meera ni( riak lak).. meera jadi sukarelawan pertandingan debat piala diraja 2009 iaitu UM menjadi tuan rumah pada kali ini.. ikutkan meera tak mo ar join, da namaye rela so teringin gak merasa jadi sukarelawan kat cini ek.. bila lagi nak join semua aktiviti yang dianjurkan ni.. time sekolah dulu ada ar tapi tak da ar seramai2 ini kan.. tul tak.. sape sutuju, senyum je tau.. hahaha.. tak pe2 nanti meera citer lebih lanjut pasal tue..

sambung balik ape yang mak pesankan tadi.. then mak gitau yang konon2nya mak andak cakap depa2 ni wat kenduri raya aji ni kat cini (KL lor) tapi mera tak dapat sebarang respon pun dari sepupu sepapat meera n also my uncle2 mera ni.. bek mera balik kampung je.. mula2 mak cadang nak raya kat KL ni tapi tiket mahal n perbelanjaan umah sedikit goyah so tak jadi.. len ar lau abang2 n adik2 mak nak support tambang kami balik tapi ada ke???? persoalan yang mungkin tidak dapat dijawab.. tak pe ar nanti meera taye liena nak ikut or stay raya kat cini coz lau dia nak balik, meera abis program tue baru ikut balik lor.. erm tul tak.. bila lagi liena nak raya diperantauan.. hahahaha..

mak taye akak (meera la) exam da abis lum.. ley jawab.. lum lagi ar mak ad 2 paper lagi.. ari isnin n rabu.. alhamdulillah so far so good time ni.. hope can get best from the last sem.. gambattee.. huhu.. doa mak sentiasa mengiringi akak bila berjauhan ni.. rindu kat mak.. uwauwa.. nak nangis da ni.. (amik tisu lap2) cover2 nasib baik roomate tak pasan.. ahaks2.. jap nangis jap epi.. cam2 lor meera ni..

erm pe lagi ye yang meera lum citer ni.. ngah sedih cikit ni coz my pengarah sepikan diri dari malam semalam.. nape ni??? mesej pending, call masuk voicemail lak.. where are u?????

Tuesday, November 10, 2009

PenGaJian MeLaYu BerSumBerKan IsLam

semua calon2 yang akan mengambil peperiksaan di Aras 1 boleh masuk ke dalam dewan. meera n kengkawan berpusu2 gerak ke pintu utama.. tempat exam meera di blok C1 tapi berada d blok A4.. patutkah begitu.. bukankah perlu ikut arahan yang diberikan itu.. ah lantak ar.. yang penting meera tau kat mane blok C1.. meera n afin pilih port yang baik ye.. x depan n x belakang n x tepi kiri kanan, center la cam tue.. meera duduk n 1st thing that i do is look the examination question..
----------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN A
1. Bahaskan kekuatan2 yang ada apabila Pengajian Melayu khususnya pengajian Bahasa Melayu mengambil kira sumber2 Islam daripada pelbagai aspek sebagai asas pengajiannya. (30 markah)
2. Dengan mengambil data2 bahasa terpilih, apakah jenis2 kajian yg boleh anda laksanakan kelak. Bahaskan. (30 markah)

BAHAGIAN B
3. Konsep sastera Islam adalah luas dan mengandungi ciri2 yang khusus. Bahaskan. (30 markah)
4. Islam merupakan sumber yg penting dalam mewarnai jalur perkembangan tradisi persuratan di alam Melayu. Bincangkan pernyataan ini dengan berdasarkan sejarah kesusasteraan tanah air sebelum kedatangan Barat. (30 markah)
-----------------------------------------------------------------------------
mera telah berhempas pulas tuk jawab ngan terbaik tadi. mudah2an apa yang meera jawab ini(soalan 1 n 3) memberi markah yang terbaik sekaligus pointer dapat ok..
-----------------------------------------------------------------------------
walaupun happy coz paper wajib APM da bis tapi rasa sedih ar coz pas ni da tak da kelas ramai2 ngan semua dak2 kelas.. ye ar masuk tahun 2 ni, da ad major minor masing2.. bila ye nak kumpul ramai2.. tak dapat dah.. lau nak jumpa lam kelas je tapi bukan semua.. then lau ad wat projek APM n ramai yang turut memberi kerjasama seronok ar.. bersatu menggalas tanggungjawab yang diberi.. miss u all dak2 APM batch 2008/2009..
----------------------------------------------------------------------------

Monday, November 9, 2009

PenGaraH MuDa


selamat pagi semua.. sememangnya sudah menjadi kebiasaan meera bila dah tidur awal.. inilah padahnya. tak dapat nak tidur semula.. cuma kadang lau badan terlalu penat dapat ar merasa bangun lewat2 huhuhu.. tapi lewat ape ye lau kul 9 pagi mata dah celik.. huhuhu.. bangun pagi2 nie ada nikmatnya. cam2 kerja kita dapat lakukan. bila meera imbas kembali hari2 sebelum ni ape ye yang meera wat pagi2.. kamu semua nak tau.. mesti korang dah tau ye.. dok surfing tenet je ar pagi2 ni.. tul 2.. masa nie ar nak selongkar semua2 sesawang yang meera join n also nota2 kuliah.. (ley caya ke) kuikui.. tul ar.. erm pagi2 nie ada2 aje benda yang ak diluahkan.. semalam meera dapat gak sembang sekejap ngan pengarah muda.. bz je die sebelum ni.. sembang tak lama coz die dok bz men game.. esok nak exam ley men game.. dah 2 taye exam so kul bape.. cam orang tak da mood nak exam.. ley cakap time exam maybe kul 8 pagi kot.. ada lagi 'kot' ish2 pengarah muda ni.. ley men2.. huhuhu nak jumpa ngan pengarah muda ni, kena wat appointment lu lau tak jangan harap ar dia nak muncul tiba2.. lau die cakap nak kuar 2, dapat la kuar. hukhuk.. sejak kebelakangan ni meera tak dapat nak contact selalu ngan pengarah coz handphone ye kena curi.. patut ar meera anta mesej kadang2 failed je.. geram n tension ngat time 2.. lam fikiran da pk cam2 tapi kerna percaya aku setia menunggu reasonnyaa.. merapu pagi2 buta je meera ni pasal pengarah muda.. kamu tau sape pengarah muda 2.. huhu biarlah rahsia.. bila tiba masanya akan muncul jua pengarah muda 2.. harap sabarnya..

teRaKhiR Lam KumPuLan BesaR


ku pegang ku belek2 ku renung2 ku hafal2 ku fahaminya tapi sampai sekarang ku masih kabur kurang jelas tapi ku cuba dan terus mencuba selidikinya.

akhirnya pencarianku tidak sia2 n aku telah mendapat harta karun yang bernilai itu walaupun sedikit sahaja isi kandungannya.
namun begitu, harta karun itu aku tidak ambil seorang, aku memberi sedikit share bersama teman2 seperjuangan lalu mereka memberi ganjaran yang lumayan buat tatapanku.
terima kasihh kawanku..
hatta, ku telah memperolehi lebih dari apa yang ku tidak jangkakan. harta itu sangat bernilai buatku n rakan seperjuanganku yang lain dimana pagi ni kul 1130 pagi, kami akan mengagih2kan harta karun tersebut kepada 2 bahagian tetapi matlamatnya hanya 1 tujuan sahaja, perlu dikaitkan dengan ilmu Islam.
kerna dengan harta itulah yang terakhir bagi kami semua berkumpul ramai2 kerna selepas ini, akan berada dalam jabatan masing2..
mampukah meera n rakan seperjuangan melakukannya esok?? sama2 tunggu dan lihat!!!
----------------------------------------------------------
kamu semua rasa ape yang meera bebelkan pagi2 buta yang sunyi damai n hening ni tatkala pelajar2 lain sibuk menumpukan perhatian dalam melihat nota2 kuliah n memantapkan pemahaman bagi menjawab exam yang akan berlangsung.. ada sape2 dapat menjawabnya..
meera tak nak bagi jawapannya lagi, kamu tunggu je ar episod akan datang ye.. semuanya telah tersedia..
debaran kian terasa. mampukah meera melakukannya esok??

Saturday, November 7, 2009

KaWan



Dalam dunia ini,

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

kawan ketawa mudah kita temui dan mudah didekati...

tapi....

kawan di kala kita susah dan senang sukar untuk dicari...

semoga hidup ini dilimpahi dengan sahabat2 yang sentiasa di sisi.....

sahabat-sahabatku.....

terima kasih untuk segalanya....


10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham





10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham


1. Bila si dia sibuk... ... ..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego... ... .
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik... ... ..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran... ... ..
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong... ..
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba... ... .
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang... ..
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul... ...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

---------------------------------------------------------------
rupa2nya ada sebab munasabab juga ya kenapa lelaki cam tue.. erm kena fahaminya juga ar, tapi lelaki tue kena gak fahami perasaan perempuan ye..


Friday, November 6, 2009

raHsia PeReMpuaN.....

kamu nak tau??? meera pun tak tau lagi tapi pas baca. erm ada ar tul ye tu.. huhuhu




RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak

menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih

baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu

menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia

sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di

tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan

sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki

lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia

akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak

menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak

cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri

wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan

lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak

cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap

dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan

tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon

positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh

tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang

diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua

rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum

sebarangan.

13. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak

keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

14. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu

panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

15. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

16. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya

kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

17. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat

hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

18. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh

wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah

dirinya sendiri.

19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang

dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

20. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

21. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata

nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

23. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa

sebarang kompromi.

24. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

25. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise

buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa

terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

26. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

27. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu

hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.