Sunday, November 22, 2009

gotong royong

salam everybody.. huhhuhu.. bertemu kita lagi dalam segmen bicara hati.. wah cam tajuk novel pun adakan.. hihihi.. saat ini cuaca di rumah meera redup dan hujan renyai2 mula membasahi kawasan taman sena, labu besar, kulim.. tapi tak tau ar area berdekatan nie ujan or tak. hope cerah2 je.. ok2 kembali pada topik meera pagi ni..

actually, meera cuma nak khabarkan pe yang mera wat n berlaku sekitar rumah mera ari ni.. ari ni 22 nov tepat jam 700 pagi semua penduduk berkumpul di dewan orang ramai, taman sena tapi mera tak pergi cuma orang2 lelaki je lebih diutamakan untuk pergi.. ari ni akan diadakan program gotong royong kawasan taman sena 2009. program nie d adakan coz pada beberapa minggu yang lepas, hujan telah turun tak henti2 n menyebabkan hampir2 saja keseluruhan kawasan taman sena ni mengalami banjir. menurut laporan adik mera, atie, die gitau ari tue masa time ujan turun lebat tak benti2, umah kita nyaris nak masuk air tapi nasib baik je, air cuma paras buku lali kaki je.. huhu.. so disebabkan nie lah JKKK taman sena bekerjasama membanting tulang 4 kerat membersihkan kawasan taman terutamanya sistem perparitan. laluan parit yang tersumbat merupakan punca utama nape air boleh naik.. huhu..

tempat gotong royong telah dibahagikan kepada 6 kawasan. rumah mera berada d zon 1.. walaupun tak join ngan yang lain tapi mera sekeluarga tidak melepaskan peluang tuk berkemas2 kat rumah.. hehehhe.. ramai2 baru seronok kemas rumah ni.. selesai saje gotong royong,majlis perasmian diadakan di dewan orang ramai dengan dimulakan bacaan doa oleh Imam Kariah Masjid Labu Besar dan seterusnya taklimat program gotong royong oleh Ketua Bahagian Kesihatan, MPKK. aktiviti lain juga turut disajikan untuk halwa telinga tontonan umum penduduk taman dengan persembahan tomoi. adik2 yang membuat persembahan tomoi ini akan mewakili bahagian bagan sena untuk acara tomoi d Guar Chempedak yang akan berlangsung nanti.. huhu.. lupa lor tarikhye bile.. dengar tak dengar je tadi mc gitau.. majlis tadi diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.. sampah tiada, denggi tiada, banjir pun dapat diatasi.. hahhaha


No comments: