Wednesday, November 4, 2009

JBEA2212

sejak 3hb/8/'09 kita sudah bertemu dalam dewan kuliah tanjung. selalu bersama seiring sejalan dengan Dr Ibrahim Ahmad. pada mulannya aku masih keliru adakah aku mahukan dirimu atau yang lain, walhal aku telah nekad dihatiku ketika aku mula bertapak di APM,UM ini. aku tidak akan mengambil major lain selain jabatanmu. aku menyerah seluruh perhatian dan mindaku untuk menyimpan segala luahan perasaan darimu untuk santapan aku pada masa akan datang. mampukah aku berjaya meggapai awan?? semuanya akan terjawab pada hari kemuncaknya esok bersama teman2ku yang lain akan melontarkan semua peluru pandu yang sudah siap disediakan setiap seorang. berjayakah aku dan teman2ku melawan peperangan yang berlaku esok. tiada musuh yang muncul sedangkan aku hanya berlawan seorang diri sahaja. berjayakah aku menawannya?? hanya seorang saja yang akan menentukan sama ada aku berjaya atau tidak pada hari peperangan esok. siapa lagi kalau bukan pengajarmu JBEA2212. sama2 kita leraikan debaran di dada pelajar2 jabatan bahasa, APM, UM. esok merupakan paper wajib jabatan Tatabahasa 2. moga2 aku berjaya menawan kamu JBEA2212 dengan cemerlangnya. kawan2 semoga berjaya untuk esok dan hari2 seterusnya..
----------------------------------------------------------
p/s: sekadar luahan perasaan yang menunggu detik hari peperiksaan esok..

No comments: